11 Mei 2022 – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 12 Mei 2022 hingga 18 Mei 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:
- harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter iaitu daripada RM3.94 kepada RM4.31 seliter;
- harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
- harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.
Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
- Fatrank: Founder James Dooley Releases his First Book, “Leads First: Everything Flows Downstream After Lead Generation”
- NVIDIA Announces Blueprint for AI Retail Shopping Assistants
- Top 2 Best Places to Work in Bangladesh for 2024 Revealed
- Finex Launched ‘Get X2’ Trading Competition to Celebrate the New Year
- Explore Winter Wonders: Motel 6 and Studio 6 Locations Offer Easy Access to some of Canada’s Best Seasonal Activities
Leave a comment