AM

PM lawat Washington hadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat

106
The iconic Washington Monument mirroring in the Reflecting Pool, Washington DC, USA

9 Mei 2022 – Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob akan mengadakan lawatan kerja ke Washington D.C., Amerika Syarikat untuk menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat pada 12-13 Mei 2022.

Menurut Wisma Putra, Ismail Sabri akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Khas berkenaan, diiringi oleh Menteri Luar Negeri Dato’ Saifuddin Abdullah dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali serta pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Semasa Sidang Kemuncak Khas ini, YAB Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin ASEAN lain dijadualkan menyertai beberapa siri mesyuarat dan perbincangan dengan Presiden dan Naib Presiden Amerika Syarikat. Program-program lain yang diaturkan oleh pihak Amerika Syarikat termasuklah sesi-sesi bersama Kepimpinan Kongres Amerika Syarikat, beberapa anggota Kabinet Amerika Syarikat dan pemimpin perniagaan Amerika Syarikat.

Sidang Kemuncak Khas ini diadakan bersempena ulang tahun ke-45 Hubungan Dialog ASEAN – Amerika Syarikat. Ia merupakan landasan strategik bagi ASEAN dan Amerika Syarikat mengkaji dan meneroka bidang kerjasama yang pragmatik bagi memperkukuh kerjasama sedia ada. Sidang Kemuncak Khas ini dijangka membincangkan antara lain, isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, kerjasama ekonomi, COVID-19 dan keselamatan kesihatan, perubahan iklim dan tenaga bersih.” kata Wisma Putra.

Sidang Kemuncak Khas tersebut dijangka akan menghasilkan Kenyataan Visi Bersama yang menggariskan komitmen dan aspirasi untuk meningkatkan kerjasama ASEAN-Amerika Syarikat demi keamanan, kestabilan, keselamatan dan kemakmuran bersama yang berterusan.

Semasa di Washington D.C., Ismail Sabri dijadualkan menghadiri sambutan Hari Raya Keluarga Malaysia dan berjumpa dengan diaspora Malaysia.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...