AM

Kementerian Perpaduan lancarkan program “Masak-Masak Bubur Lambuk, Ikatan Perpaduan Terus Dipupuk”

777

KOTA TINGGI 23 April 2022 – Program Semarak Perpaduan: “Masak-Masak Bubur Lambuk, Ikatan Perpaduan Terus Dipupuk” telah dilancarkan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique bertempat di Dewanraya Perumahan Kg Tersusun Mawai Baru, Kota Tinggi, Johor.

Menurut Kementerian Perpaduan dalam satu kenyataan hari ini, “Masak-Masak Bubur Lambuk, Ikatan Perpaduan Terus Dipupuk” adalah merupakan tema bagi program memasak bubur lambuk secara serentak oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara yang akan berlangsung pada hari ini.

“Program yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara adalah bertujuan untuk menyemarakkan semangat perpaduan melalui nilainilai kerjasama, tolong menolong, hormat menghormati dan muafakat serta memperkukuhkan kembali amalan gotong royong khususnya dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Program ini juga adalah merupakan antara inisiatif Kementerian untuk MERAKYATKAN PERPADUAN melalui program-program dan aktiviti-aktiviti yang menjadi TAPAK INTEGRASI atau TEMPAT PENYATUAN rakyat di negara ini. Program ini juga adalah antara gerak kerja Kementerian untuk merealisasikan aspirasi KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan November 2021.

Lebih 3,002 KRT di seluruh negara menyertai program ini dan lebih 624,052 bekas bubur lambuk diagihkan oleh KRT-KRT yang terlibat kepada komuniti setempat. Selain dianjurkan secara serentak di seluruh negara, program memasak bubuk lambuk perpaduan KRT dan jentera perpaduan ini juga akan disertai oleh pelbagai agensi Kerajaan, NGO dan swasta. Aktiviti merewang dan bergotong-royong bagi menyediakan 5,264 periuk bubur lambuk telah bermula seawal jam 9.00 pagi dilokasi masing-masing untuk menyediakan juadah bubur lambuk yang sinonim di bulan Ramadhan ini.” kata Kementerian.

Tambahnya, dengan penganjuran program itu yang merupakan antara program yang begitu dekat di hati masyarakat, maka “perpaduan” akan dapat “DILIHAT”, “DIDENGARI” dan “DIRASAI” oleh seluruh Keluarga Malaysia.

“Inilah elemen utama yang ingin diketengahkan oleh Kementerian bahawa perpaduan bukanlah hanya dilafazkan tetapi mestilah dizahir serta diterjemahkan dengan penuh kesungguhan dan komitmen dari seluruh Keluarga Malaysia.

Antara elemen penting atau keunikan dan kekuatan program adalah penyertaan masyarakat berbilang kaum untuk bersama-sama menyediakan bubur lambuk. Konsep penyertaan pelbagai kaum ini amat ditekankan oleh Kementerian dalam setiap pelaksanaan aktiviti dan program, supaya ianya menjadi amalan serta resepi utama dalam mengekalkan perpaduan dan kemakmuran Keluarga Malaysia. Inilah lambang penyatuan hati rakyat Malaysia.” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...