PUTRAJAYA 22 April 2022 – Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 April 2022 telah bersetuju agar KSM menubuhkan satu One Stop Centre (OSC) Khas bagi menyegerakan proses kelulusan permohonan pekerja warga asing.
“Justeru, bagi memenuhi aspirasi Mesyuarat Jemaah Menteri tersebut, KSM telah menubuhkan satu OSC Khas yang telah mula beroperasi pada 18 April 2022 di mana kapasiti harian pemprosesan permohonan telah ditingkatkan dan masa operasi turut dipanjangkan.” kata KSM dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa KSM turut menambah waktu bekerja sehingga hari Sabtu dan Ahad bagi memastikan keperluan mendesak industri terhadap guna tenaga asing dapat dipenuhi dengan kadar segera.
“Kementerian Sumber Manusia memahami bahawa isu pekerja asing ini adalah amat kritikal dan ingin mengingatkan kepada semua majikan agar mengemukakan permohonan secara atas talian dengan lengkap dan disertai semua dokumen berkaitan.
Para majikan yang mana permohonan mereka telah ditolak sebelum ini boleh mengemukakan semula permohonan untuk diberi pertimbangan sewajarnya.” kata kenyataan tersebut.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment