22 April 2022 – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata bahawa konsep “khemah besar” yang dipersetujui dalam Resolusi Port Dickson merujuk kepada kerjasama dalam blok pembangkang.
Katanya dalam satu kenyataan semalam, kenyataan Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menyeru Pakatan Harapan (PH) membuka ruang kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) merupakan pandangan peribadi beliau dan ia tidak pernah diputuskan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.
“DAP berpendirian bahawa isu kerjasama antara Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dalam PRU15 tidak timbul kerana PN merupakan sebahagian daripada blok kerajaan hari ini. Konsep “khemah besar” yang dipersetujui dalam Resolusi Port Dickson merujuk kepada kerjasama dalam blok pembangkang.
Semua pihak dalam PH perlu menyedari bahawa adalah amat sukar kerjasama dengan PN dapat dijalin dengan latarbelakang sejarah hitam yang pernah kami lalui dengan parti-parti komponen dalam PN.” kata mantan Menteri Pengangkutan itu.
Beliau turut menyeru semua pimpinan dalam PH supaya membincangkan sebarang pandangan berkenaan kerjasama politik dengan pihak lain dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan bukannya melalui kenyataan terbuka untuk memastikan tidak ada kekeliruan di kalangan ahli dan penyokong.
“Segala keputusan mengenai halatuju dan kerjasama di luar kerangka PH mesti diputuskan secara bersama oleh Majlis Presiden PH.” katanya.
- Melestari seni dan estetika Hamdolok: Dari Mekah ke Batu Pahat
- Addressing deforestation of Cameron Highlands requires comprehensive effort
- Swiss-Belhotel International Debuts in The Kenyan Capital and With It in Africa
- Prudence Foundation, IFRC and Cartoon Network collaborate on launch of animated series on climate change
- ECSIPC Will Showcase Smart Retail Turnkey Solutions at GITEX 2023
Leave a comment