Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) meneruskan tradisi di bulan Ramadan tahun ini dengan menyantuni para pelajar Maahad Tahfiz yang diadakan di Dewan Perdana, Menara MITI, semalam.








Pada penganjuran majlis kali ini, MITI dan Agensi menyantuni seramai 50 orang pelajar termasuk dua orang guru dari Maahad Tahfiz Darul Hidayah, Ukay Perdana yang merupakan sebuah intitusi pendidikan dan pengajian hafazan Al-Quran persendirian.
Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama barisan Pengurusan Tertinggi MITI berpeluang menyampaikan sumbangan duit raya kepada para pelajar yang diraikan bagi menceriakan lagi sambutan Ramadan mereka setelah dua tahun pandemik Covid-19 melanda negara.
Sumbangan duit raya ini diharap dapat menceriakan lagi sambutan Aidilfitri anak-anak tahfiz Darul Hidayah. Pada majlis yang sama, warga MITI turut menerima sumbangan daripada program ‘Gerobok Ramadan’ inisiatif Kelab MITI yang berupa sumbangan berbentuk barang makanan serta sumbangan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga disebabkan oleh Covid-19.
Majlis yang turut dihadiri oleh para pegawai Agensi di bawah MITI ini, diakhiri dengan solat tarawih berjemaah.
- OPPO Release 2022 Sustainability Report on World Environment Day
- Bybit Joins DMCC as Ecosystem Partner to Accelerate Development and Mass Adoption of Crypto and Web3
- PH-BN SEPAKAT FORMULA MENANG-MENANG UNTUK RAMPAS KEDAH
- PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH
- UNITEN OFFERS AFFORDABLE HIGH-QUALITY FOUNDATION PROGRAMMES FOR SPM LEAVERS
Leave a comment