18 April 2022 – Parti Amanah Negara (AMANAH) mengulangi penegasan bahawa ‘Khemah Besar’ yang dimaksudkan adalah soal penyatuan dan kerjasama parti-parti pembangkang bagi menghadapi PRU ke-15.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Presidennya Mohamad Sabu berkata pendekatan ‘Khemah Besar’ tidak merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan parti-parti yang berada di dalam kerajaan sama ada UMNO, PPBM atau PAS. Katanya tidak mungkin Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama dengan pengkhianat yang jelas telah mengkhianati amanah dan mandat rakyat.
“Perlu ditegaskan bahawa golongan pengkhianat adalah mereka yang telah melompat untuk bersama PPBM dan PN atas sebab tawaran-tawaran yang dibuat pada ketika itu. Tidak wajar kita menyamakan kumpulan yang telah melompat dengan kumpulan yang tidak melompat.
Sepertimana tidak wajar kita anggap PKR sebagai parti pengkhianat atas sebab Timbalan Presidennya dan belasan ahli Parlimennya melompat, begitu juga adalah tidak wajar kita namakan PEJUANG, WARISAN dan MUDA sebagai pengkhianat atas sebab pengkhianatan Mahiaddin dan PPBM.
Sebagai parti politik yang ingin menunaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat dengan mengusahakan kemenangan dalam PRU ke-15, persoalan menyatukan pembangkang adalah amat perlu.” kata beliau.
Tambah Mohamad Sabu, AMANAH akan berusaha memperbanyakkan kawan demi menghadapi lawan yang sama iaitu BN dan juga PN.
“Bagi yang membuat keputusan bahawa PRU ke-15 tidak akan dimenangi, usaha sebegini sememangnya tidak perlu. Usaha untuk kalah adalah jauh lebih mudah dari berjuang untuk menang. ” katanya.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment