Jenayah

Kes kematian OKT dalam lokap balai polis Kajang : Tiada kecederaan dikesan

169

15 April 2022 – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Sri Azri bin Ahmad memaklumkan bahawa bagi kes kematian dalam lokap balai polis Kajang, Selangor pada 13 April 2022, postmortem telah pun dijalankan di hospital Kajang, Selangor pada 14 April 2022 dan mendapati tiada sebarang kecederaan yang dikesan.

“Punca kematian masih belum dapat dikenal pasti. walau bagaimanapun, sampel telah diambil bagi tujuan ujian makmal dan analisa untuk siasatan lanjut punca kematian. ujian pengesanan COVID-19 juga telah dibuat ke atas simati dan berkeputusan negatif. kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada 14 April 2022, PDRM memaklumkan bahawa seorang lelaki OKT (Orang Kena Tahan) yang berketurunan Melayu dan berumur 45 tahun  telah dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

OKT berkenaan tidak mengaku salah dan tiada penjamin dan ditumpangkan di lokap Balai Polis Kajang, Selangor sebelum dihantar ke penjara satelit Beranang, Selangor bagi reman penjara.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayah

Muat naik komen lucah di Facebook isu khatan bayi anak seorang doktor: Tiga individu dikompaun RM75,000

CYBERJAYA, 18 Julai 2024 – Seramai tiga individu telah dikenakan kompaun berjumlah...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM tumpaskan ‘GENG BROGA’

PUTRAJAYA, 9 Jun 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan...

BM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia tumpaskan premis pelacuran beroperasi lebih 30 tahun di Kuala Lumpur

PUTRAJAYA 25 Mei 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menumpaskan sebuah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...