AMPendidikan @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia boleh dibuat mulai esok

147

14 April 2022 – Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia boleh dibuat menerusi laman web rasmi https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 15 April 2022, pukul 8.00 pagi.

Di dalam kenyataan hari ini, Annuar berkata mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang tergolong dalam keluarga B40 seluruh negara berpeluang menikmati inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

“Inisiatif PerantiSiswa di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) menerusi Belanjawan 2022 dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) dan KPT ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan memastikan Keluarga Malaysia terutamanya pelajar IPT memiliki peranti bagi tujuan pengajian.

Justeru, inisiatif ini akan memanfaatkan kira-kira 350,000 mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda melalui pengagihan peranti berupa tablet bagi terus melestarikan pengajian agar terpelihara khususnya dalam fasa peralihan endemik ini.” jelas beliau.

Tambah beliau, peranti tablet yang dipilih sesuai digunakan pada masa ini dalam sektor pendidikan yang mengguna pakai alternatif pelaksanaan pembelajaran secara maya atau hibrid untuk kelangsungan pendidikan. Katanya spesifikasi tablet itu juga menawarkan kemampuan optimum bagi kesinambungan dan juga aplikasi asas berkaitan pendidikan.

Beliau berkata peranti tersebut bukanlah peranti yang dibina untuk keperluan spesifik teknikal program pengajian tertentu yang memerlukan spesifikasi tinggi komputer seperti keperluan kejuruteraan, pengaturcaraan ataupun program multimedia kreatif. Jelasnya, inisiatif PerantiSiswa ini menggunakan Konsep Guna Pakai selama tempoh pengajian bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan peranti seperti menjual atau memberikannya kepada orang lain selain daripada memastikan hanya mahasiswa yang benar-benar memerlukan peranti mendapat manfaat.

“Justeru, saya berharap agar mahasiswa yang mendapat peranti berupa tablet ini akan menjaga keselamatan peranti tersebut dengan sebaik mungkin dan memanfaatkan penggunaannya untuk tujuan pembelajaran sepanjang tempoh pengajian mereka.

Inisiatif ini menjadi cerminan keprihatinan Kerajaan dalam pembentukan komuniti digital Keluarga Malaysia serta melengkapkan keperluan pembelajaran golongan B40, serta kesungguhan usaha merapatkan jurang digital seluruh kelompok Keluarga Malaysia.

Di samping itu, melalui pelaksanaan inisiatif ini, saya berharap tidak ada Keluarga Malaysia yang terpinggir dalam kemajuan teknologi dan seterusnya dapat beradaptasi dalam menghadapi kemunculan ekosistem digital pada masa hadapan.” kata beliau.

Tambah Annuar, beliau berharap dengan pelaksanaan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia, mahasiswa yang menjadi tiang negara akan menggunakan sebaik mungkin kemudahan yang ada serta memberi impak positif dalam usaha mengharmonikan kehidupan masyarakat melewati transisi ke fasa endemik kelak.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...