Jenayah

PDRM berjaya rungkai kes pembunuhan anggota polis lima tahun lalu

116

13 April 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa pada 13 April 2022, penjenayah solo yang giat melakukan samun bank bersenjata api telah dihadapkan di Mahkamah Shah Alam, Selangor dengan pertuduhan menembak mati pengawal van keselamatan semasa kejadian samun yang berlaku di hadapan Hong Leong Bank, Puchong Prima, Subang Jaya pada 11 Mac 2022 yang lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, CP Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan berkata pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati mandatori.

“Selain itu, tertuduh juga berdepan pertuduhan cubaan membunuh rakan sekerja mangsa yang ditembak di bahagian perut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan. Tertuduh juga dituduh memiliki senjata api iaitu sepucuk pistol semi automatik jenama Walther P99 dengan menyalahi undang-undang mengikut peruntukan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang daripada enam (6) kali sebatan.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh dihukum mati jika disabitkan kesalahan. Dalam tiga (3) lagi penglibatan samun bank bersenjata api yang berlaku di sekitar Subang Jaya dan Shah Alam, Selangor tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 3 Akta yang sama.” kata beliau.

Tambahnya, dengan tertangkapnya tertuduh tersebut, PDRM turut berjaya merungkai kes pembunuhan melibatkan seorang anggota polis lima (5) tahun lalu yang ditembak mati semasa sedang bertugas di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya. Katanya, bagi kesalahan ini, tertuduh sekali lagi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kehilangan pistol milik anggota tersebut juga terjawab dengan rampasan sepucuk pistol semi automatik jenama Walther P99 daripada tertuduh. Siasatan mendedahkan pistol yang sama telah digunakan di dalam kes rompakan bank yang melibatkan tertuduh.” jelas CP Dato’ Sri Abd Jalil.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayah

Muat naik komen lucah di Facebook isu khatan bayi anak seorang doktor: Tiga individu dikompaun RM75,000

CYBERJAYA, 18 Julai 2024 – Seramai tiga individu telah dikenakan kompaun berjumlah...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM tumpaskan ‘GENG BROGA’

PUTRAJAYA, 9 Jun 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan...

BM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia tumpaskan premis pelacuran beroperasi lebih 30 tahun di Kuala Lumpur

PUTRAJAYA 25 Mei 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menumpaskan sebuah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...