Ekonomi @ My LNA

Prestasi eksport Malaysia catatkan pertumbuhan positif pada Februari 2022

450

PUTRAJAYA 18 MAC 2022 – Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin memaklumkan bahawa prestasi eksport Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif pada Februari 2022 disokong oleh kedua-dua eksport domestik dan eksport semula. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, eksport domestik berjumlah RM84.2 bilion, menyumbang 82.4 peratus kepada jumlah eksport dan meningkat 17.9 peratus, manakala eksport semula mencatatkan RM18.0 bilion, meningkat 11.7 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas.

“Sementara itu, import pada Februari 2022 bernilai RM82.5 bilion, mencatatkan peningkatan 18.4 peratus berbanding Februari 2021. Jumlah dagangan meningkat kepada RM184.8 bilion, 17.5 peratus lebih tinggi daripada RM157.3 bilion pada Februari 2021 dan lebihan dagangan, dengan nilai RM19.8 bilion, merupakan lebihan dagangan ke-22 bulan berturut-turut sejak Mei 2020. Berbanding Januari 2022, prestasi eksport, import dan jumlah perdagangan menunjukkan penurunan masing-masing 7.9 peratus, 10.8 peratus dan 9.2 peratus. Sebaliknya, lebihan dagangan meningkat 6.6 peratus, tahun ke tahun.

Pertumbuhan tahunan yang signifikan dalam eksport digambarkan melalui 149 daripada 255 kumpulan barangan menunjukkan peningkatan berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Bagi import, 159 daripada 256 kumpulan merekodkan pertumbuhan positif.” kata Dr. Mohd Uzir dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Jabatan Perangkaan Malaysia juga melaporkan bahawa peningkatan eksport disumbangkan terutamanya oleh eksport yang lebih tinggi ke China (+RM2.5 bilion), diikuti Singapura (+RM1.8 bilion), Kesatuan Eropah (+RM1.4 bilion), Viet Nam (+RM1.4 bilion), Thailand (+RM1.2 bilion) dan Jepun (+RM911.1 juta).

“Sementara itu, selepas menjadi penyumbang utama kepada peningkatan import untuk ke-12 bulan berturut-turut, kedudukan China telah diambil alih oleh Singapura yang meningkat RM2.3 bilion. Diikuti
Amerika Syarikat (+RM1.8 bilion), Indonesia (+RM1.3 bilion), Taiwan (+RM1.1 bilion), China (+RM957.5 juta) dan Kesatuan Eropah (+RM847.2 juta).” katanya.

Mengulas lebih lanjut mengenai eksport, peningkatan mengikut produk didorong oleh barangan elektrik & elektronik (+RM8.1 bilion); minyak kelapa sawit & keluaran pertanian berasaskan minyak kelapa sawit (+RM2.3 bilion); kimia & bahan kimia (+RM1.5 bilion); gas asli cecair (+RM1.3 bilion); barangan perkilangan logam (+RM1.2 bilion); dan barangan perkilangan berasaskan minyak kelapa sawit (+RM1.2 bilion).

“Sementara itu, kenaikan import dicatatkan bagi barangan elektrik & elektronik (+RM4.5 bilion); kimia & bahan kimia (+RM2.0 bilion); keluaran petroleum (+RM1.8 bilion); jentera, kelengkapan
& peralatan (+RM1.1 bilion) dan minyak kelapa sawit & keluaran pertanian berasaskan minyak kelapa sawit (+RM771.7 juta).” kata kenyataan media itu.

Pertumbuhan import mengikut Penggunaan Akhir disokong oleh kenaikan permintaan bagi barangan perantaraan, barangan penggunaan dan barangan modal. Import barangan perantaraan (56.6% daripada jumlah import) berjumlah RM46.7 bilion, meningkat RM8.4 bilion atau 21.8 peratus. Barangan penggunaan (8.5% daripada jumlah import) mencatatkan kenaikan 18.3 peratus daripada RM5.9 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM7.0 bilion. Import barangan modal yang berjumlah RM7.9 bilion,
meningkat 4.4 peratus berbanding Februari 2021, dan merangkumi 9.6 peratus daripada jumlah import.

“Di samping itu, prestasi keseluruhan bagi Januari hingga Februari 2022, jumlah dagangan, eksport, import dan lebihan dagangan kekal kukuh dengan pertumbuhan dua digit. Jumlah dagangan meningkat 21.4 peratus, disokong oleh perkembangan eksport (+20.4%) serta import (+22.6%). Pada masa yang sama, lebihan dagangan mencatatkan nilai yang lebih tinggi pada RM38.3 bilion.” kata kenyataan itu.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...