27 Februari 2022 – Wisma Putra memaklumkan bahawa konvoi 9 warga Malaysia, 2 anggota keluarga warga Ukraine dan seorang warga Singapura yang dievakuasi dari Kyiv diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Kyiv, Cik Fadhilah Daud, telah selamat tiba di sempadan Korczowa-Krakovets Ukraine dan Poland pada jam 5.45 pagi waktu Malaysia, 27 Februari 2022 (waktu tempatan jam 10.45 malam, 26 Februari 2022).
Dalam satu hantaran di halaman Facebook rasmi, Wisma Putra berkata bahawa konvoi tersebut telah disambut oleh dua orang pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Poland.
“Kesemua mereka yang dievakuasi termasuk pegawai-pegawai pengiring akan meneruskan perjalanan ke Warsaw, Poland.
Wisma Putra sentiasa berhubung rapat dengan pegawai-pegawai Kedutaan bagi memastikan keselamatan serta keberadaan kesemua rakyat Malaysia yang dievakuasi dan juga konvoi yang turut serta.” katanya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment