COVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Jumlah kes baharu menurun ke 27,299

190

27 Februari 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 26 Februari 2022 adalah seperti berikut :

  • Kes sembuh: 22,710 kes [3,063,560 kes kumulatif (90.2%)];
  • Kes baharu: 27,299 kes (3,395,170 kes kumulatif);
  • Kes import: 256 kes [215  warganegara (84.0%); 41 bukan warganegara (16.0%)];
  • Kes tempatan: 27,043 kes [26,305 warganegara (97.3%); 738 bukan warganegara (2.7%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 348 kes (153 kes disahkan COVID-19; 195 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 203 kes (91 kes disahkan COVID-19; 112 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

Dalam kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa daripada 27,299 kes harian yang dilaporkan pada 26 Februari 2022, 129 kes (0.47 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 27,170 kes (99.53 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:

  • Kategori 1: 8,846 kes (32.41%);
  • Kategori 2: 18,324 kes (67.12%);
  • Kategori 3: 62 kes (0.23%);
  • Kategori 4: 33 kes (0.12%); dan
  • Kategori 5: 34 kes (0.12%).

Daripada 129 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 26 Februari 2022:

  • 32 kes (24.81%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 71 kes (55.04%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 26 kes (20.16%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 65 kes (50.39%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 35 kes (27.13%) mempunyai komorbid; dan
  • 1 kes (0.78%) ibu mengandung.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

OleoRangers pupuk kesedaran awam terhadap pemilihan, pengendalian minyak masak yang mampan

Makanan merupakan salah satu faktor yang paling penting dalam memastikan kesihatan. Makanan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Komponen psikospiritual Islam perlu untuk mencegah bunuh diri

Oleh: Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Apabila kerajaan negeri Kelantan...