JOHOR BAHRU 19 Februari 2022 – Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) telah dibuka untuk permohonan pada 1 hingga 15 Januari yang lalu, dengan dana yang diperuntukkan berjumlah RM200 juta. Ia dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya TEKUN Nasional bagi membantu usahawan informal dan mikro untuk memulih dan memulakan semula perniagaan yang terjejas daripada wabak COVID-19 dan bencana banjir.
Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dalam satu kenyataan media hari ini, melalui SPIM, usahawan ditawarkan dengan nilai pembiayaan sehingga RM10 ribu tanpa caj keuntungan dan moratorium selama 12 bulan.
“TEKUN Nasional menerima permohonan yang terlalu tinggi dalam masa singkat untuk pembiayaan SPIM ini. Dana yang sepatutnya untuk penyaluran setahun telah habis dalam tempoh 2 minggu. Sebanyak 23,767 permohonan telah diterima dan sehingga 15 Februari 2022, 15,902 permohonan telah diluluskan dengan nilai RM130.5 juta.
Bagi memastikan kelancaran permohonan SPIM, TEKUN Nasional telah mengambil langkah menambahbaikan dengan menaik taraf sistem permohonan atas talian. Penambahbaikan tersebut perlu dilaksanakan bagi menampung bilangan permohonan yang terlalu tinggi. Walau bagaimanapun dalam proses tersebut, terdapat isu teknikal yang timbul di mana sistem tersebut telah digodam dan menyebabkan berlaku kelewatan dalam memproses permohonan, kelulusan dan penyaluran pembiayaan
Susulan itu, pihak TEKUN telah membuat laporan polis pada 16 Februari 2022.” katanya.
Tambah beliau, TEKUN telah mengambil langkah-langkah bagi mengatasi isu ini secepat mungkin. Antaranya penyaluran pembiayaan telah dilaksanakan melalui cetakan cek yang diagihkan ke setiap Pejabat TEKUN Cawangan di seluruh negara, oleh kerana penyaluran pindahan dana elektronik tidak dapat dilaksanakan kerana gangguan teknikal tersebut.
“Sehingga kini, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM110.1 juta kepada 13,370 orang usahawan di bawah SPIM melalui cetakan cek dan pindahan dana elektronik.
Penyaluran pembiayaan ini dijangka dapat diatasi sepenuhnya pada pertengahan bulan Mac ini”, ujar beliau.
Hari ini, beliau bersama-sama Pengurusan TEKUN telah turun padang bagi menyerahkan sendiri 54 cek pembiayaan SPIM bernilai RM367 ribu kepada usahawan yang terlibat sekitar Parlimen Iskandar Puteri dan Pulai Johor bagi memastikan usahawan yang terkesan dapat dibantu secepat mungkin.
Buat masa ini, usahawan boleh hadir ke Pejabat TEKUN Cawangan berhampiran bagi mendapatkan maklumbalas berkenaan permohonan pembiayaan.
Sejak diwujudkan pada tahun 1998 sehingga Januari 2022, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan kepada 498,733 orang usahawan dengan nilai RM7 bilion di seluruh negara. Ini menunjukkan kerajaan melalui TEKUN Nasional sememangnya komited dalam membantu usahawan Bumiputera.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment