Home AM OKT meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, punca kematian adalah COVID-19
AMJENAYAH

OKT meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, punca kematian adalah COVID-19

19 Februari 2022 – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Azri bin Ahmad mengesahkan bahawa bagi kes kematian mengejut Orang Kena Tahan (OKT) dalam tahanan pada 18 Februari 2022 di Kota Tinggi, punca kematian adalah disebabkan jangkitan COVID-19.

“Punca kematian adalah disebabkan jangkitan COVID-19 yang menyebabkan penurunan fungsi organ buah pinggang dan paru-paru OKT berkenaan.

Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.” kata beliau dalam satu siaran media yang diedarkan tadi.

OKT tersebut merupakan seorang lelaki Melayu, berumur 43 tahun telah ditangkap oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, Johor yang disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Reman dibenarkan selama empat (4) hari dan OKT telah dituduh di mahkamah pada 25 januari 2022. Jamin telah ditawarkan, namun OKT gagal sediakan penjamin menyebabkan OKT diperintahkan menjalani tahanan reman penjara. Tarikh sebutan telah ditetapkan pada 1 Februari 2022 dan bicara pada 28 Februari 2022.

Bagaimanapun OKT ditumpangkan sementara dalam lokap polis ekoran penularan wabak COVID-19 di penjara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...