Pelancongan @ My LNA

MOTAC dan Kerajaan Negeri Sarawak anjur program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022

351

19 Februari 2022 – Bermula 24 hingga 27 Februari 2022, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak akan menganjurkan program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 bertempat di Kuching Waterfront, Sarawak.

Menurut MOTAC dalam satu siaran media yang diedarkan hari ini, matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk mendekatkan masyarakat umum khususnya Keluarga Malaysia yang berada di Negeri Sarawak dengan kegiatan seni budaya dan pelancongan Malaysia serta mempromosi Bandar Raya Kuching sebagai Bandar Raya Kreatif di peringkat UNESCO di bawah kategori gastronomi – World Craft City.

“Pelbagai aktiviti menanti pengunjung antaranya Festival Gendang Sarawak, Festival Kraf Sarawak, Peragaan Busana Kraf Tekstil Malaysia, Pameran Gastronomi, Demonstrasi Food Fusion Negeri-negeri, Food Bazaar, Treasure Hunt, Konsert Sape, Persembahan Bunga Api dan Muzikal Water Fountain, Persembahan Artis Popular, pameran dan jualan.

Acara kemuncak ialah Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada 26 Februari 2022 jam 8.30 malam.” kata MOTAC.

Tambah MOTAC, uniknya penganjuran pada kali ini ialah Konsert Sape yang akan berlangsung selama 2 jam tanpa henti sempena malam terakhir Citrawarna Malaysia pada 27 Februari 2022.

“Ia melibatkan nama-nama besar dalam muzik sape seperti Mathew, Jerry Kamit dan pelbagai kumpulan dari seluruh Negeri Sarawak. Usaha ini juga akan menggabungkan nama penyanyi tempatan dalam Konsert ini seperti Dewi Liana Seriasta, Bob AF, Dayang Nurfaizah, Adrewson dan digabungkan Bersama penyanyi seperti Nicole Lai, Datuk Jamal Abdillah, Magen, Fendi Kenali dan penyanyi lagu rakyat Roslan Madun.

Persembahan-persembahan ini akan diadakan di atas pentas terapung di Sungai Sarawak yang merupakan pentas terapung terbesar yang pernah dibina oleh MOTAC.” katanya.

Keluarga Malaysia lengkap vaksinasi dijemput hadir ke program tersebut bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles