Pelancongan @ My LNA

Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) dilanjutkan sehingga sempadan negara dibuka

116

17 Februari 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan bahawa Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 Bil.2/2022 pada 8 Februari 2022 telah bersetuju supaya Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) dilanjutkan sehingga sempadan negara dibuka.

Menurut MOTAC dalam satu kenyataan hari ini, LITB telah dilaksanakan sejak 15 November 2021 sebagai projek rintis untuk tempoh 3 bulan dan pelaksanaannya telah menguji kesediaan dan kesiapsiagaan ekosistem pelancongan negara, khususnya penggiat-penggiat industri pelancongan serta pekerja-pekerja di barisan hadapan untuk menerima kedatangan pelancong asing ke Malaysia secara berperingkat dan selamat.

“SOP kemasukan pengembara asing ke Malaysia melalui LITB telah diselaraskan mengikut ketetapan dan garis panduan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah diwartakan pada 16 Februari 2022.” kata MOTAC.

Perubahan yang telah dikemaskini adalah seperti berikut:

i. Pelancong yang telah menerima dos penggalak dibenarkan keluar dari Pulau Langkawi pada hari ke-5 jika ujian RT-PCR pada hari ke-4 negatif ATAU RTK-Ag (Professional) pada hari ke-5 negatif;

ii. Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah boleh turut serta melancong bersama-sama ibu bapa/penjaga masing masing yang telah divaksin tanpa perlu menunjukkan bukti vaksinasi;

iii. Kanak-kanak di bawah umur dua (2) tahun TIDAK PERLU membuat saringan COVID-19;

iv. Setiap pelancong asing diwajibkan untuk membeli polisi insurans bernilai USD 50,000 (COVID-19 dan pengembaraan). Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dikecualikan daripada syarat ini; dan

v. Penerbangan masuk melalui KLIA2 dibenarkan (bermula 22 Februari 2022).

“SOP ini berkuatkuasa bermula pada 16 Februari 2022 dan akan menjadi penanda aras terhadap SOP pembukaan sempadan kelak. YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata adalah diharapkan bahawa keputusan ini akan disambut baik oleh pengunjung antarabangsa yang berhasrat untuk datang ke Malaysia melalui LITB pada masa ini.” kata MOTAC.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Festival Tarian Singa 2024 semarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

PUTRAJAYA, 22 Julai 2024 – Festival Tarian Singa 2024 akan di adakan...

AMBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Prestasi jumlah kedatangan pelancong antarabangsa adalah baik – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 19 Julai 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNA

100 peserta terokai jejak sejarah, warisan Melaka

Oleh LIANA SAHABUDIN / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 8 Julai –...