PUTRAJAYA 2 Februari 2022 – Keputusan Kerajaan dalam menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM8.90 sekilogram dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Mengenai Industri Pengeluaran Makanan pada 31hb Januari 2022 disambut baik oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Harga siling runcit tersebut akan berkuatkuasa pada 5hb. Februari 2022 setelah berakhirnya Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) pada 4hb. Februari 2022. Ia akan kekal sehingga 5 Jun 2022 iaitu
selama 121 hari bagi menjamin kestabilan harga ayam dan juga harga makanan lain yang berkaitan. Sementara itu, Penetapan Harga Siling Runcit ayam bagi Labuan, Sabah dan Sarawak akan dibuat berdasarkan lokasi
“Mesyuarat telah diberikan taklimat berkenaan industri pengeluaran ayam dan telur yang menerima impak kenaikan mendadak kos input makanan jagung dan soya merangkumi 70 peratus kos penternakan ayam. Dengan peningkatan kos pengeluaran maka pihak industri telah mengemukakan kepada kerajaan supaya harga kawalan dinaikkan. Sekiranya tiada intervensi daripada Kerajaan, harga runcit ayam di pasaran pada masa ini akan melebihi RM10.00 sekilogram.
Harga runcit RM8.90 ini merupakan penurunan kali ketiga selepas ditetapkan pada RM9.50 semasa Perayaan Deepavali, RM9.30 ketika Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) dari 7-31 Disember 2021 dan RM9.10 semasa SHMKM dari 1 Januari hingga 4 Februari 2022.” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan semalam.
Katanya lagi, KPDNHEP juga menyokong keputusan proaktif kerajaan dalam memastikan Dasar Sekuriti Makanan Negara sentiasa terjamin bukan sahaja dari segi bekalan tetapi juga pada harga yang tidak membebankan rakyat Malaysia.
“KPDNHEP menyokong penyelidikan yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menjadikan isi rong kelapa sawit sebagai alternatif kepada jagung dan soya yang diimport sepenuhnya sebagai makanan ayam.
Mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memanjangkan tempoh penggunaan tanah di bawah lesen pendudukan sementara (TOL) bagi aktiviti pertanian.
KPDNHEP juga akan memastikan pelaksanaan arahan Kerajaan kepada agensinya, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk membuat siasatan berterusan bagi memastikan tiada wujudnya kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur.” kata Alexander.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment