KUALA LUMPUR 31 januari 2020 – Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) telah menganjurkan Hari Usahawan Negara (HUN) 2022 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Turut dilancarkan ialah Aplikasi dan Website HUN 2022 (www.hariusahawan-negara.com.my).
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar. DPUKM dikendalikan seratus peratus bumiputera dengan kerjasama dari kementerian-kementerian, agensi kerajaan, koperasi dan swasta. Matlamatnya adalah untuk memartabatkan usahawan di negara ini terutama golongan bumiputera dengan mewujudkan kesedaran agar menarik minat lebih ramai orang untuk menceburi bidang keusahawanan.
Dalam program tersebut melibatkan lebih 2000 lot pameran di mana ia terbuka untuk pengusaha tempatan dan juga antarabangsa. Noh Omar berkata, “bagi pihak kementerian kita amat mengalu-alukan dan bersedia mengadakan kerjasama dengan mana-mana persatuan untuk kita nak menjayakan harapan kerajaan untuk kita nak melahirkan usahawan- usahawan bukan dari peringkat tempatan tapi juga peringkat antarabangsa.”
Kementerian akan bekerjasama dengan semua persatuan-persatuan dan termasuk dengan Dewan Perniagaan Kecil Malaysia. Kerjasama ini adalah untuk memberi bantuan serta mendapatkan jumlah usahawaan yang terjejas akibat banjir. Dalam sidang medianya, Noh berharap apa jua bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan akan sampai kepada usahawan. Beliau berharap Angkasa dapat memainkan peranan sebagai badan peneraju untuk membantu usahawan-usahawan ini.
Dalam pada itu Presiden DPUKM Dato’ Sri Abu Hasan Mohd Nor telah memaklumkan kepada Majlis Keselamatan Bencana Negara (NADMA) untuk memohon kelonggaran kerana COVID-19 telah menyebabkan ramai penjaja terjejas akibat sekatan-sekatan yang telah dilaksanakan sebelum ini. Oleh itu dalam program ini ia dapat membantu usahawan-usahawan yang terjejas untuk bangkit semula. Mengenai aplikasi yang dilancarkan, ia memudahkan usahawan-usahawan mengunjung ke program berkenaan.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment