PUTRAJAYA 30 Januari 2022 – Keputusan sama ada untuk membenarkan perjalanan umrah bagi Jemaah dari Malaysia akan ditentukan pada mesyuarat kuartet untuk kelulusan.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sudah menyiapkan SOP tetapi ia masih diperhalusi terutama berhubung beberapa isu seperti kuarantin serta perlindungan insurans di tanah air membabitkan jemaah.
Sebelum ini Kabinet telah bersetuju membenarkan aktiviti perjalanan umrah yang akan bermula 8 Februari. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Hajah Nancy dalam kenyataannya, apa jua keputusan tidak dibuat bersendirian dan adalah menjadi amalan Kerajaan Keluarga Malaysia untuk sentiasa mengadakan sesi libat urus bersama pihak-pihak yang berkepentingan.
SOP perjalanan umrah telah pun diperhalusi bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan dibawa ke mesyuarat Kuartet untuk kelulusan. SOP tersebut adalah merupakan panduan untuk mengekang penularan Covid-19 ketika menjalankan aktiviti umrah. Ia memastikan Jemaah lengkap vaksinasi dan mewajibkan dos penggalak demi keselamatan dan kesejahteraan Jemaah. Setiap Jemaah juga perlu dilindungi insurans termasuk keperluan rawatan, , isolasi dan kuarantin bagi jangkitan COVID-19 semasa di Arab Saudi dan semasa pulang ke Malaysia. Dalam pada itu juga pengendali umrah perlu bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Jemaah tatacara, liabiliti dan arahan sepanjang perjalanan umrah mereka.
Nancy berkata, sebanyak 8 sesi libat urus telah diadakan sejak Disember 2021 bagi tujuan ini dengan melibatkan syarikat pengendali umrah seperti Persatuan Syarikat PengendalianPelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH), The Malaysian Association of Tour & Travel Agents (MATTA).
Proses memuktamadkan SOP baharu telah mengambil kira kepentingan semua pihak secara holistik termasuklah mengimbangi aktiviti umrah dengan pelaksanaan prosedur protokol kesihatan dan keselamatan yang lebih rapi demi memelihara kebajikan Keluarga Malaysia yang berada di Tanah Suci dan juga ketika jemaah pulang ke tanah air.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment