23 Januari 2022 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa memohon agar tidak menyebarkan sebarang berita mengenai keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, melainkan ia berdasarkan sumber keluarga atau hospital secara rasmi.
Sebaliknya beliau meminta orang ramai mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan rawatan Dr Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN) ketika ini agar negarawan itu segera sembuh.
“Hormati situasi keluarga Tun Dr Mahathir saat ini,” katanya dalam ciapan di laman Twitter rasmi beliau hari ini.
Semalam anak Tun Dr Mahathir iaitu Datin Paduka Marina memaklumkan keadaan bapanya kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Jan lepas.
Negarawan itu sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari 2022 selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Januari 2022 dan beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut berkenaan dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 8 Januari 2022.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment