Politik @ My LNA

Badan Perhubungan UMNO Johor diberi mandat untuk adakan atau tidak PRN Johor

285

22 Januari 2021 – Badan Perhubungan UMNO Johor telah diberikan mandat untuk membuat keputusan
sama ada Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu diadakan atau sebaliknya.

Menurut laporan BERNAMA, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebarang keputusan mengenai PRN Johor perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan Johor.

“Mengenai (PRN) Johor seperti yang kita putuskan dalam Majlis Tertinggi UMNO, kita serahkan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk berbincang dari segi persediaan dan membuat keputusan.

Jadi kita serahkan kepada UMNO Johor untuk menentukan sama ada mengadakan PRN (atau sebaliknya),” kata beliau.
yang juga adalah Naib Presiden UMNO pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Perdana Menteri Bersama Ahli Biro Politik UMNO Kelantan di sini hari ini.

BERNAMA turut melaporkan bahawa Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor berlangsung petang ini di Bangunan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad yang juga Pengerusi UMNO Johor dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan 26 Ketua UMNO Bahagian antaranya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Pasir Gudang); Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang); Datuk Samsolbari Jamali (Ayer Hitam); dan Datuk Seri Razali Ibrahim (Muar); selain veteran UMNO Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...