20 Januari 2022 – Berhubung dengan isu tular sebuah “posting” memohon bantuan kewangan orang ramai untuk bayaran rawatan bagi seorang kanak-kanak perempuan di Hospital Taiping, pihak hospital telah melaksanakan tindakan sewajarnya berkenaan perkara ini untuk pengesahan dari pihak terbabit dan siasatan lanjut mendapati bahawa resit bayaran berkenaan adalah palsu dan tidak dikeluarkan dari mana-mana pihak di Hospital Taiping
Menurut Pengarah Hospital Taiping, Dr Hajah Narimah binti Yusof dalam satu kenyataan hari ini, siasatan juga mendapati bahawa penama serta maklumat nombor resit yang tertera di dalam resit berkenaan adalah tidak sahih malah pesakit berkenaan tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan di mana-mana jabatan atau klinik di bawah Hospital Taiping.
“Sehubungan itu, pihak kami menafikan kesahihan resit tersebut serta mengecam tindakan individu atau pihak yang menggunapakai nama institusi kesihatan serta maklumat palsu untuk kepentingan peribadi.
Pihak pengurusan Hospital Taiping dengan ini mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan taktik serta kaedah individu tidak bertanggungjawab dalam mengambil kesempatan di dalam tempoh pandemik yang mencabar ini.” katanya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment