BATU CAVES 18 Januari 2022 – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berpuas hati dengan tahap pematuhan orang ramai terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) Thaipusam yang ditetapkan kerajaan tahun ini.
Menurut laporan BERNAMA, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu turut memuji usaha pihak pengurusan kuil termasuk Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves dan Pengerusinya Tan Sri R. Nadarajah serta sukarelawan kerana dapat mengawal keadaan di kawasan persekitaran kuil semasa sambutan.
“Walaupun dalam keadaan SOP yang ketat, pihak pengurusan kuil berjaya menjaga keselamatan kesihatan penganut beragama Hindu yang menunaikan nazar bersempena sambutan hari Thaipusam,” kata Halimah selepas meninjau suasana sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di sini hari ini.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dapat memastikan penganut beragama Hindu dapat melaksanakan ibadahnya dengan lancar.
Dalam pada itu, Menteri Sumber Manusia M. Saravanan berkata pihak Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves bakal membina sebuah dewan untuk manfaat masyarakat India di kawasan itu dan pembinaannya akan dilaksanakan tahun ini.
“Peranan saya dan Yang Berhormat (Halimah) adalah untuk mendapatkan dana yang secukupnya manakala bagi pengerusi kuil ini pula adalah mendapatkan kelulusan dengan kadar segera,” katanya.
- OPPO Release 2022 Sustainability Report on World Environment Day
- Bybit Joins DMCC as Ecosystem Partner to Accelerate Development and Mass Adoption of Crypto and Web3
- PH-BN SEPAKAT FORMULA MENANG-MENANG UNTUK RAMPAS KEDAH
- PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH
- UNITEN OFFERS AFFORDABLE HIGH-QUALITY FOUNDATION PROGRAMMES FOR SPM LEAVERS
Leave a comment