KOTA BHARU 16 JANUARI 2022 – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada hari ini berkata bahawa Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan RM400 juta wang hasil petroleum kepada kerajaan negeri Kelantan sejak dua tahun lalu.
Menurut satu laporan yang disiarkan oleh BERNAMA hari ini, Zafrul berkata pembayaran itu diberikan secara langsung kepada kerajaan negeri, berdasarkan lima peratus hasil petroleum negeri terbabit.
“Bagi tahun lalu kita salurkan RM200 juta dan tahun 2020 juga RM200 juta. Pembayaran ini dibuat secara langsung dan 100 peratus disalurkan kepada kerajaan negeri bergantung kepada harga semasa petroleum,” katanya kepada
pemberita selepas majlis taklimat Bajet 2022 bersama penjawat awam negeri Kelantan di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Tambah beliau jumlah pembayaran yang disalurkan ini meningkat berlipat kali ganda berbanding pada tahun 2019 dengan jumlah yang diberikan sebanyak RM28 juta.
Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM2.39 bilion pada tahun ini, meliputi 351 projek untuk pembangunan negeri Kelantan berbanding RM1.8 bilion dengan 340 projek tahun lalu.
Antara projek berkenaan termasuk pembinaan jambatan Palekbang membabitkan kos RM250 juta, projek mesra rakyat (RM102 juta) dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) berjumlah RM483 juta.
“Peruntukan meningkat tahun ini berbanding tahun lalu disebabkan jumlah projek juga meningkat, yang mana projek pembangunan ini merangkumi projek lama dan
baharu,” katanya.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment