Home LUAR BANDAR KPLB sediakan peruntukan RM150 juta untuk bantuan pasca banjir – Mahdzir Khalid
LUAR BANDARz10

KPLB sediakan peruntukan RM150 juta untuk bantuan pasca banjir – Mahdzir Khalid

PADANG TERAP 16 JANUARI 2022 – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyediakan peruntukan RM150 juta untuk bantuan pasca banjir setakat ini.

Menurutnya peruntukan itu termasuk Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia, baik pulih jalan perhubungan desa dan Ameniti Sosial seperti longkang, surau, dewan orang ramai dan masjid di kawasan luar bandar di negeri yang terkesan dalam bencana itu.

“Bantuan pasca banjir yang diluluskan itu melibatkan negeri Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor dan Sabah.” kata Mahdzir pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Naka di sini hari ini.

Tambah Mahdzir, bantuan inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia untuk kerja-kerja membaik pulih rumah dan membina rumah baharu melibatkan peruntukan sebanyak RM38.5 juta setakat 9 Januari lalu. Peruntukan itu melibatkan kerja-kerja pembaikan sebanyak 1,879 buah rumah dan membina rumah baharu pula 165 buah.

Jelas beliau, Kerajaan Keluarga Malaysia menetapkan kos siling bagi baik pulih rumah pasca banjir adalah RM15,000 dan RM56,000 bagi bina baharu setiap unit rumah yang rosak teruk.

Setakat ini, KPLB telah menerima sejumlah 2,044 permohonan untuk membaik pulih dan membina semula rumah membabitkan kawasan luar bandar di negeri yang terjejas banjir itu.

“Jumlah permohonan membaik pulih rumah dan membina semula rumah itu dijangka meningkat selepas pihaknya mendapat data dan maklumat terbaharu daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah yang terlibat,” ujarnya.

Dalam pada itu, sebanyak RM50 juta daripada peruntukan itu akan digunakan untuk membaik pulih jalan kampung dan jalan perhubungan desa yang rosak.

“Kementerian juga menyediakan peruntukan RM50 juta lagi untuk membaik pulih projek ameniti sosial seperti surau dan masjid,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

RM183 Juta Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta FELCRA 2022

Jelebu, 6 April 2023 – Lebih 70,000 warga peserta FELCRA Berhad menerima...

AMHighlightsKebajikanLUAR BANDARMY LNA

KKDW anjur Majlis Santunan Kasih Ramadan

GOMBAK SELANGOR 24 Mac 2023 – Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian...

HighlightsLUAR BANDARMY LNAniaga

KKDW Peruntuk 1.7 Juta Bagi Pelaksanaan Program Pendigitalan Usahawan Desa

PUTRAJAYA, 14 Februari 2023– Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM...

AMLUAR BANDARMY LNAPendidikan

Pemerkasaan TVET antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat MEXCLUB

PUTRAJAYA, 26 Januari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited menyediakan...