KUALA LUMPUR 24 Disember 2021 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, menerusi wakil Rumah Prihatin, Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 1 Bukit Bintang, Megat Zulhazmi Megat Abdullah Rafaei dan Timbalan Ketua Setiausaha ( Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif ) KKMM, Mastura Ahmad Mustafa, telah menyampaikan sumbangan 100 Kotak Prihatin kepada penduduk Kampung Periuk, Kampung Baru hari ini.
Sumbangan tersebut adalah untuk meringankan beban yang menimpa mangsa banjir yang melanda kampung berkenaan pada minggu lalu.
Menurut seorang penduduk yang terjejas, Nurisah Abu Bakar Sidek, beliau mengalami kesukaran untuk bergerak ketika air naik hampir mencecah ke paras dada kerana dirinya berada dalam keadaan uzur. Nurisah mengucapkan terima kasih kepada KKMM kerana membantu ketika keadaan amat diperlukan.
Sementara itu seorang lagi penerima Kotak Kasih KKMM, Putih Mat Zin 61, beliau yang telah menetap di kampung itu lebih 31 tahun berkata, bantuan yang diterima itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban dirinya dan keluarga. Terima kasih atas bantuan yang diberi, sampai jugak bantuan kepada kami, katanya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment