BANGI 22 Disember 2021 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membuat penilaian kerosakan bagi mengenal pasti jumlah peruntukan yang diperlukan bagi kerja baik pulih, dan mengkaji bentuk bantuan yang akan disalurkan. Ia juga melibatkan agensi seperti MARA, RISDA, FELCRA, KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, KEDA dan PERDA.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata kementerian akan membuat penilaian kerosakan bagi mengenal pasti jumlah peruntukan yang diperlukan untuk kerja baik pulih, selain agensi yang terbabit akan mengkaji bentuk bantuan yang akan disalurkan.
“Kita mempunyai jentera di bawah KPLB di setiap negeri dan kerja siasatan sudah pun bermula. Proses penilaian kerosakan ini dijangka mengambil masa kerana kawasan yang terbabit banjir adalah besar.
Kita perlu buat penilaian kewangan. Jika jalan itu rosak, berapa nilai kerosakannya kerana jika dilihat, kerosakannya teruk dan mungkin akan membabitkan banyak belanja dan mungkin di luar jangka. Kita perlu minta peruntukan khas jika di luar jangka walaupun RM10 bilion sudah ditetapkan perbelanjaannya.” katanya di sidang media selepas menyampaikan Anugerah Ilham Desa (AID) 2020 di sini, semalam.
Sebelum ini, KPLB pernah mengumumkan peruntukkan berjumlah RM4 juta kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di mana setiap agensi dibawahnya akan perutukkan RM500 ribu masing-masing.
“Kita turun serta merta dan akan membantu sebaik mungkin pasca banjir ini seperti membaiki rumah dan masalah lain yang timbul di luar bandar,” tambah Abdul Rahman.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment