HULU LANGAT, 22 Disember 2021 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata kerajaan akan segerakan urusan penilaian kerosakan yang dialami mangsa banjir di seluruh negara bagi membolehkan bantuan RM100 juta dan wang ehsan RM1,000 disalurkan secepat mungkin.
Beliau turut menggesa supaya Pejabat Daerah di kawasan yang terjejas segera mendapatkan maklumat mangsa banjir. Katanya, jika mangsa kehilangan segala dokumen diri seperti kad pengenalan, mereka hanya perlu membuat laporan di balai polis terdekat.
“Banyak orang hilang dokumen. Saya sudah bincang, supaya mereka laporkan kepada polis dan bila mereka kata mangsa banjir, maka kita mudahkan. Yang penting dia mesti rakyat Malaysia.
Kita mahu permudahkan. Kita mahu DO (Pegawai Daerah) permudahkan. Kita di Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kalau boleh sekarang mahu bayar RM1,000 itu,” katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai di sini, hari ini.
Abd Latiff mahu pihaknya lengkapkan semua data mangsa banjir ini dengan kadar segera.
“Paling utama kita mahu tahu laporan kerosakan harta benda. Kita mahu satu data yang jelas dari Pejabat Daerah kerana pengumuman Perdana Menteri mengenai dana RM100 juta kerosakan bencana termasuk rumah yang hanyut itu.
Memang kita akan sediakan bantuan. Data ini perlu dikumpul dengan segera,” katanya. Tambahnya jumlah yang bakal diterima mangsa banjir adalah berdasarkan penilaian kerosakan harta benda yang mereka alami.
Menyentuh amaran banjir, Abd Latiff berkata, pihaknya akui biarpun arahan pindah sudah diberikan lebih awal oleh pihak polis dan bomba, kelewatan sebahagian mangsa berpindah menyebabkan mereka terkandas.
“Amaran awal di negeri lain nampak lebih kemas dengan penduduk ambil tindakan segera berpindah. Tapi di Selangor, bila hujan dia jangka hanya banjir kilat. Jadi dia tidak ambil pendekatan lebih awal (untuk berpindah),” katanya.
- Slime Miner – First Web3 Idle RPG Game is Live on Kaia Chain
- ROHM’s 2nd Generation MUS-IC Series Audio DAC Chip for Hi-Res Audio Playback with Exclusive HD Monaural Mode
- ZAGG Introduces New Screen Protectors and Cases for the Samsung Galaxy S25 Series
- DYMO Partners With GA International (LabTAG) To Offer Cryogenic Labels For DYMO Labelwriter 5 Series Printers
- Hong Kong’s Advantages Spotlighted at WEF Annual Meeting in Davos
Leave a comment