KUALA LUMPUR, 21 Disember 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meletakkan keselamatan rakyat terutama mangsa banjir sebagai keutamaan untuk memastikan sebarang usaha melibatkan pengurusan bencana banjir ini dapat dikoordinasikan secara tersusun dan berkesan.
Menurut Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang berkata, “Ini bukan masa untuk mana-mana pihak meletakkan kesalahan sehingga boleh mengganggu dan menjejaskan sebarang usaha menyelamat serta memindahkan mereka yang terkesan akibat bencana ini.”
Apa yang penting adalah kerjasama padu antara satu sama lain dengan meletakkan kepentingan keselamatan mangsa sebagai keutamaan yang perlu didahulukan. Sebarang usaha yang dilaksanakan adalah berdasarkan konsep Whole Of Government Approach bagi memastikan setiap agensi terlibat yang dikoordinasikan oleh NADMA, dapat digembleng secara bersama dan berkesan.
Sebarang kekurangan dalam aspek pengurusan banjir ini adalah tugas bersama setiap agensi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menambah baik operasi yang dilaksanakan dan di masa-masa akan datang. Beliau menegaskan bahawa ATM sentiasa komited melaksanakan tugas sekundernya terutama membantu Pihak Berkuasa Awam yang dikoordinasikan NADMA dalam menyelamatkan mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir terutama usaha memindahkan mereka ke kawasan selamat.
Affendi juga berharap, mangsa-mangsa banjir yang terlibat dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan keselamatan demi kelancaran operasi yang dilaksanakan serta kesejahteraan dan keselamatan semua.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment