Kenyataan Media

MOSTI tubuhkan Pasukan Tindakan Kecemasan Khas Perkhidmatan Dron (PTK2Dron)

129

PUTRAYA 21 Disember 2021 – Pasukan Tindakan Kecemasan Khas Perkhidmatan Dron (PTK2Dron) telah ditubuhkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Teknologi Park Malaysia (TPM) sebagai agensi penyelaras.

“Perkhidmatan dron akan memudahcara akses kepada visual dari udara (aerial view) untuk membantu agensi berkaitan menilai keadaan semasa dengan lebih tepat di kawasan terjejas banjir. Ini membolehkan pihak terbabit menyampaikan perkhidmatan kecemasan kepada mangsa banjir yang terkandas dan tiada akses kepada rangkaian komunikasi.

Dron berteknologi tinggi ini juga dapat melakukan penghantaran bekalan asas khususnya ubat dan makanan, terutamanya di kawasan yang sukar dicapai”. kata Menteri MOSTI Dato’ Sri Dr. Adham Baba hari ini menerusi satu kenyataan media.

Untuk makluman, TPM bekerjasama dengan syarikat dron VStream, Alphaswift Industries, Aerodyne Group, Meraque Services dan Geo Precision Tech dengan sokongan Persatuan Aktivis Dron Tanpa Pemandu Malaysia (MUDAS) untuk menyediakan perkhidmatan ini.

“Kami membantu mengerahkan dron taktikal bagi mendapatkan maklumat penting seperti arah aliran air, mengesan mangsa yang masih terperangkap serta kaedah terbaik bagi pelaksanaan operasi menyelamat di beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir. Operasi ini termasuk mengenal pasti punca air banjir lambat surut di beberapa kawasan yang disebabkan oleh saliran yang terhalang”. kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aerodyne Group, Kamarul A Mohamed.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Meraque, Razali Ismail berkata Meraque bersama Pharmaniaga bekerjasama menghulurkan bantuan dalam penghantaran ubat-ubatan atau barangan kritikal. Bukti konsep (proof of concept) telah dilaksanakan bagi penghantaran bekalan perubatan dari pinggiran negeri Perak ke Pulau Pangkor untuk rawatan perubatan kecemasan dan kini bersedia untuk penghantaran bekalan penting di kawasan yang terjejas oleh banjir.

“Kami ingin menyokong petugas barisan hadapan dalam kerja-kerja menyelamat dan bantuan kecemasan menggunakan teknologi dron. Melalui PTK2Dron, kami memudahcara proses diantara pengendali dan penyedia perkhidmatan dron dengan pihak berkuasa berkaitan dalam operasi bantuan, penyelamatan dan pemulihan – serta memastikan taraf keselamatan dan teknikal dicapai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TPM Dzuleira Abu Bakar, selaku agensi yang dilantik sebagai penyelaras utama agensi MOSTI untuk usaha ini.

MOSTI bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bantuan Bencana Negara (NADMA), serta dibantu oleh Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC), ahli-ahli Sekretariat Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Melalui PTK2Dron, hampir 20 buah dron bersedia untuk diaktifkan untuk tujuan tinjauan dan penghantaran bekalan penting dengan kemampuan muatan sehingga 10 kilogram untuk setiap penghantaran jika mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...