KUALA LUMPUR 16 DISEMBER 2021 – Transaksi tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan dilaksanakan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan yang akan dilaksanakan bermula 15 Januari 2022.
Dengan pelaksanaan ini semua lebuhraya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia akan menyediakan lorong RFID bagi memberi perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna lebuhraya.
Transaksi tol RFID adalah langkah Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol. Ia bertepatan dengan keperluan dan kehendak pelanggan lebuhraya selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Ini juga selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (Intelligent Transport System – ITS Blue Print) yang diterajui oleh KKR termasuklah pelaksanaan Sistem Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (Multi Lane Free Flow – MLFF).
Pelanggan juga berpeluang menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong RFID dengan kelajuan 30km/j. RFID turut membolehkan pelanggan melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch ‘n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai. Tag RFID juga boleh diperolehi dengan kos yang rendah dan berpatutan. Buat masa ini kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi disediakan. Namun, kedua-dua kaedah tersebut (kad Touch ‘n Go dan SmartTAG ) akan dihentikan secara berperingkat bagi memberi peluang untuk lebih banyak lorong RFID disediakan di lebuhraya sebelum pelaksanaan MLFF.
Kementerian Kerja Raya / Lembaga Lebuhraya Malaysia ingin mengajak pengguna lebuhraya supaya segera beralih kepada sistem pembayaran tol RFID bagi menikmati pengalaman perjalanan yang lebih baik dan mudah seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Pengguna boleh mendapatkan tag RFID secara online menerusi Touch ‘n Go eWallet, portal Touch ‘n Go atau ejen pemasaran yang dilantik untuk memasangnya sendiri. Pembelian dan pemasangan tag RFID juga boleh dibuat di 39 pusat pemasangan tag RFID di seluruh Semenanjung Malaysia. Jumlah pusat jualan dan pemasangan ini akan ditambah bagi membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkan tag RFID bagi memudahkan lebih ramai pengguna beralih kepada sistem pembayaran RFID.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment