Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

GREEN COMPUTING AWARDS 2021 PEMANGKIN KELESTARIAN PENGGUNAAN TENAGA

224

CYBERJAYA 13 Disember 2021 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba pada hari ini telah merasmikan Green Computing Awards 2021 bertempat di Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). Ia merupakan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan agensi di bawahnya MIGHT yang menunjukkan komitmen mendalam terhadap inisiatif pengkomputeran hijau.

Di dalam majlis penganugerahan ini terdapat lapan kategori yang dipertandingkan antaranya Sistem Elektrikal Terbaik, Kejuruteraan Sistem Terbaik, Kawalan Alam Sekitar Terbaik, Kawalselia dan Pelaporan Terbaik, Kebolehskalaan dan Daya tahan Terbaik, Pengurusan Terbaik, Anugerah Advokasi Industri dan Terbaik antara yang Terbaik.

Sebelum itu Dr. Adham  juga telah merasmikan serta melancarkan  pusat Greendata, Edgibility Cyberjaya 1 (ECJ1). Menurut beliau, pusat data ini menampilkan teknologi di mana semua server ditenggelamkan di dalam bahan penyejuk dalam usaha memenuhi keperluan kawalaan suhu dan pengurangan tenaga elektrik. ECJ1 adalah satu-satunya pusat data yang mempunyai pensijilan tahap titanium untuk kemudahan pengkomputeran karbon rendah di Asia Pasifik dan Timur Tengah.

Teknologi ini merupakan hasil daripada program Dana Newton-Ungku Omar juga diwujudkan oleh kerajaan United Kingdom dan Malaysia. Pengkomputeran hijau ini telah membolehkan pengurangan kos tenaga sebanyak 60% beserta pengurangan jejak karbon.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *