Kenyataan Media

Md Alwi pengerusi baharu MDEC

97

CYBERJAYA 1 Disember 2021 – Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Kelantan, Datuk Seri Sr. Haji Md Alwi telah dilantik sebagai Pengerusi baharu Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) , berkuat kuasa 1 Disember 2021, bagi tempoh dua tahun.

Menurut MDEC dalam satu kenyataan media hari ini, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Kelantan, Datuk Seri Sr. Haji Md Alwi sebelum ini, telah memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan.

“Beliau  pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan dari 1990 hingga 1992 dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia dari 1993 hingga 1999, sebelum menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri dari 2007 hingga 2009.

Sebelum berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Ketereh dari 2004 hingga 2008. Sebagai antara tokoh penting dalam membasmi kemiskinan, beliau telah memainkan peranan sebagai Pengerusi Yayasan Kemiskinan Kelantan sejak 1993.

Datuk Seri Sr. Haji Md Alwi juga pernah memegang pelbagai jawatan dalam sektor korporat termasuk sebagai Pengerusi Silver Ridge Berhad dari 2004 hingga 2008, Syarikat Permodalan Risda Berhad dari 2006 hingga 2016 dan Lembaga Kemajuan Pertanian KEMUBU (KADA) dari 2014 hingga 2018. Beliau ketika ini adalah Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sejak 2020.” kata MDEC.

Tambah MDEC, berpengalaman sebagai juruukur tanah berlesen profesional, Datuk Seri Sr. Haji Md Alwi juga merupakan Prinsipal Firma Perundingan AA Geomatics and Survey dan Felo Institut Juruukur Malaysia. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Tinjauan & Pemetaan) dari Western Australian Institute of Technology Perth (kini Curtin University) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Utara Malaysia (UUM); selain latihan profesional dalam Hydrography and Seabed Mappings, Motorised Levellings, dan Lidar Surveys and Mapping, masing-masing di Kanada, Sweden, Amerika Syarikat dan China.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...