Home MY LNA Ekonomi @ My LNA AIDW 2021 Sasar Pertumbuhan Ekonomi Secara Digital
Ekonomi @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

AIDW 2021 Sasar Pertumbuhan Ekonomi Secara Digital

21 Oktober 2021- Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) melancarkan AI and Data Week 2021 (AIDW 2021), acara maya selama seminggu yang memberi tumpuan kepada Internet untuk Segalanya (IoT), Data dan Kecerdasan Buatan (AI).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahadhir Aziz berkata AIDW 2021 menyasarkan untuk memangkinkan adaptasi data di kalangan perniagaan rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan pembangunan ekosistem data Malaysia.

“AIDW 2021 akan menganjurkan bual bicara dan perbincangan oleh pakar data dan industri dengan tujuan untuk memupuk ekosistem data dan AI yang berkembang maju terutamanya daripada segi pemikiran, integrasi dan adaptasi IoT, Data dan AI di kalangan perusahaan, pekerja profesional, pegawai kerajaan dan orang awam.

“AIDW 2021 berperanan sebagai salah satu platform utama kepada kami untuk mempercepatkan ketersediaan, kebolehcapaian dan kegunaan data dalam masyarakat dan ekonomi Malaysia. Menerusi kejayaan mengadaptasi data dan AI, kami boleh memacu ekonomi digital yang produktif, progresif dan inklusif selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Ujarnya, Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang ketara dalam adaptasi dipacu data di kalangan organisasi dan perniagaan.

” MDEC dan kerajaan Malaysia telah menyedari kepentingan data bukan sahaja memacu keberkesanan dan menambah baik tadbir urus tetapi juga mengembangkan ekonomi digital
Malaysia.

“AIDW 2021 akan menampilkan acara utama yang dianjurkan secara bersama dengan firma perunding pengurusan global, Kearney yang akan menawarkan perbincangan lebih mendalam berkenaan topik khususnya AI,” jelasnya.

Buat anda yang ingin mengetahui maklumat lanjut, dan untuk menyertai AIDW 2021, sila layari https://mdec.my/aidw serta untuk maklumat lanjut berkenaan DataKITA.Hub, sila layari https://mdec.my/datakita/datakita-hub/

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomi @ My LNAKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?

Oleh: Prof. Madya Dr. Zalina Zakaria Baru-baru ini, berkuatkuasa pada 18 November...

Ekonomi @ My LNAMY LNAUTAMA

Kaji impak penetapan gaji minimum pekerja terhadap peningkatan produktiviti

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Konsep gaji minimum merupakan satu elemen yang...

Ekonomi @ My LNAMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mempertingkat kualiti kehidupan PPR bukan dengan melambak pembinaan rumah kos rendah

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Rumah seharusnya adalah sebagai tempat kediaman yang...