Home Kenyataan Media KOLEKSI E-BUKU PERCUMA BERSEMPENA MAWLID NABAWI
Kenyataan Media

KOLEKSI E-BUKU PERCUMA BERSEMPENA MAWLID NABAWI

Bersempena hari Mawlid Nabawi yang diraikan di negara kita pada 12 Rabi’ul Awwal, bersamaan 19 Oktober 2021, Kami mengambil kesempatan ini untuk mengajak kita semua meraikannya dengan cara yang lebih bermakna, iaitu penghayatan melalui pembacaan yang bermanfaat, yang dapat memperbaharui dan mempertingkatkan kasih dan kecintaan serta ingatan kita kepada insan agung ini, iaitu Nabī Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.

Beberapa e-buku yang bermanfaat, boleh dimuatturun secara percuma seperti berikut.

1) Maqasid Selawat, Al-Ḥāfiẓ Shamsuddīn Muḥammad bin ‘Abd al-Raḥman al-Sakhāwī

https://drive.google.com/file/d/1q8Fw7mEHe8FenWBMDUfEG0f2XvOJj4hB/view?usp=sharing

2) Duhai Rasūlullāh, karangan Shaykh ‘Alī al-Ṭanṭāwī

https://drive.google.com/file/d/1zUFedflGlx_bmQ2eiSmGt4G-MSxEojo0/view?usp=sharing

3) Kembali Kepada Muḥammad, karangan Ibn Bādīs Raḥimahullāh

https://drive.google.com/file/d/1dtjZJdIyXiNuHvjBCtQOazaW5tlr6hn-/view?usp=sharing

4) Kerinduan untuk menatap wajah Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, Shaykh ‘Abd Al-Razzāq Al-Badr

https://drive.google.com/file/d/19X8Jsg0xbwzI9ek58yvl_3TRSJZEfF7H/view?usp=sharing

Semua e-buku ini amat bermanfaat untuk diri kita, dalam memberikan suntikan semangat dan penghayatan yang lebih mendalam. Banyak cara menzahirkan kecintaan kita kepada baginda, dari seringan-ringan amalan, yakni berselawat kepada baginda, sehinggalah kepada mengenang kehidupan baginda, yang berjasa, yang diutuskan Allah untuk mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya, dan menjadikan kita sebaik-baik umat yang dikeluarkan buat manusia. Bagindalah Rasul pembawa rahmat, dan rahmat itu tersebar ke seluruh alam. Seterusnya, karangan ini juga mengajak kita bersama-sama bermuhasabah akan keadaan diri kita dan umat ini selepas 1400 tahun kelahiran baginda.

Maka, sebagai persediaan kita menyambut Mawlid ini, kami berkongsi e-buku ini agar dapat kita mempertingkatkan penghayatan kita kepada baginda nabi, kehidupan baginda, serta perjuangan baginda.

E-buku ini dapat dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya.

Selawat dan salam ke atasmu, duhai pemimpin agung kami, Rasūlullāh!

ABIM PRESS

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...