Kenyataan Media

FINAS pantau aktiviti penggambaran filem di bawah SPP Khas

88

PETALING JAYA 12 OKTOBER 2021 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memaklumkan bahawa pihaknya telah mengambil langkah proaktif bagi memantau aktiviti penggambaran filem di bawah Surat Perakuan
Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) di lokasi penggambaran bagi memastikan setiap syarikat produksi mematuhi SOP Penggambaran yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Merujuk kepada isu dan perkara yang telah menjadi tular di dalam portal dan platform media sosial berhubung dengan kes jangkitan Covid-19 yang melibatkan syarikat produksi di sebuah lokasi penggambaran, FINAS berkata pihaknya telah mengambil inisiatif dengan menyalurkan maklumat dan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tindakan selanjutnya.

“Selain itu, Unit Penguatkuasa Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan FINAS telah membuka kertas siasatan berhubung perkara ini dan siasatan penuh akan dijalankan sebelum tindakan seterusnya diambil selaras dengan sistem perundangan negara. FINAS ingin mengingatkan kepada semua Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) yang telah dilantik oleh syarikat produksi masing-masing untuk memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab dengan
sentiasa memastikan artis dan krew mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan dan merekodkan di dalam Buku Log yang telah disediakan oleh FINAS.

FINAS sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa yang terlibat sama dalam menangani dan menyelesaikan isu yang berbangkit ini demi memastikan nama baik industri kreatif terpelihara. FINAS juga ingin menyatakan komitmen untuk bertindak lebih agresif dalam menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan SOP serta mengalu-alukan sebarang aduan daripada masyarakat awam untuk melaporkan kepada FINAS sekiranya mendapati berlaku
perlanggaran SOP yang melibatkan aktiviti penggambaran.

Sebarang aduan dan pertanyaan lanjut boleh berhubung terus di talian 03-41041300 (Bahagian Pelesenan dan
Penguatkuasaan) dan emel di info@finas.my.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...