6 Oktober 2021- Tourism Malaysia perlu meningkatkan promosi berhubung keunikan Malaysia di persada dunia seiring dengan tumpuan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terhadap cadangan pembukaan gelembung pelancongan antarabangsa.
Menterinya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata data yang diperolehi daripada semua Pengarah Tourism Malaysia luar negara akan dijadikan panduan untuk mengenalpasti tahap kesediaan negara untuk menyasarkan pembukaan sektor pelancongan antarabangsa.
“Bagi mencapai sasaran kemasukan 16 juta pelancong antarabangsa dan pendapatan sekurang-kurangnya RM45 bilion pada tahun 2025, kita perlu bersama-sama berganding bahu dan bekerja sebagai satu pasukan demi mencapai matlamat memulihkan kembali industri ini seiring dengan tagline MOTAC, Coming Back Stronger.
“Ini dapat membantu kita untuk merangka kempen promosi dan pemasaran bagi membolehkan pelancong luar negara menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan apabila sempadan negara dibuka nanti,” katanya sewaktu mengadakan pertemuan secara maya bersama 43 orang Pengarah Tourism
Malaysia yang berada di pelbagai negara.
Ujarnya, sesi libat urus ini juga membincangkan perkara-perkara berkaitan peraturan kesihatan serta amalan terbaik yang dilaksanakan oleh negara luar.
“Informasi seperti ini dapat membantu pihak MOTAC dalam merangka mekanisme yang bersesuaian berhubung urusan kemasukan, faktor kesihatan dan keselamatan, imigresen serta sistem penjejakan data,” katanya.
Turut hadir dalam sesi libat urus berkenaan ialah Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat. Beliau turut menyatakan bahawa promosi dan pemasaran perlulah mengangkat produk pelancongan yang lebih baik terutamanya dalam aspek kelestarian pelancongan itu sendiri.
Untuk rekod, industri pelancongan negara terjejas teruk dalam tempoh pandemik ini dengan anggaran kerugian sebanyak RM135 bilion. Jumlah ini dijangka meningkat kepada RM165 bilion pada tahun 2021.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment