Muzik & Hiburan @ My LNA

MemandangMu Penyatuan Hati Aidit Alfian x Teguh Budiman

125

6 Oktober 2021- Kalau dikembalikan semula pepatah, ke mana tumpanya kuah kalau tidak ke nasi, jadi inilah ceritanya. Perihal gabungan anak dan bapa dalam memberi hidangan buat santapan jiwa kepada khalayak melalui sebuah lagu.

Lagu yang diberikan tajuk MemandangMu mempunyai pengertian yang besar untuk disampaikan kepada khalayak. Untuk lagu yang dinukil oleh Aidit Alfian ini, Teguh Budiman yang merupakan anak kedua Aidit dipilih untuk bertemu suara dengannya dalam sebuah lagu indah.

Menurut Aidit Alfian selaku penulis lagu, penulis lirik dan penyanyi lagu ini, dia bertemu cabaran tersendiri untuk membawakan MemandangMu yang merupakan lagu runut bunyi drama I.C.U yang ditayangkan di platform penstriman, Nurflix.

“Lagu ini pada saya perihal mencari dan ambil macam kisah percintaan dengan Tuhan. Untuk nak mencintai itu senang tetapi mesti bawa pada penyerahan. Kalau tak kenal bagaimana untuk cinta?.

“Saya menerima bait-bait lirik dan perkataan awal dari Raja Mukhlis dan hantar beberapa lagu untuk dipilih akhirnya melodi dan lagu yang paling sesuai diambil dan terjadilah MemandangMu nyanyian Teguh Budiman dan saya,” tambahnya lagi yang merupakan penerbit untuk lagu ini.

Ujarnya, beliau sendiri memilih Teguh untuk bernyanyi bersama. Malah lagu ini turut mendapat sentuhan anak muda seperti Raja Nazrin Shah (dari Sekumpulan Orang Gila- SOG) untuk rakaman cello.

Bertanyakan tentang pengalaman merakamkan vokal bersama malah dijaga oleh bapa, Teguh tenang menjawab rakaman dilakukan dalam tempoh beberapa hari untuk mendapatkan karakter yang tepat dengan lagu tersebut.

“Dalam dunia muzik, saya sangat-sangat baru dan lagu MemandangMu merupakan satu ‘ breakthrough’ untuk saya lebih tahu tentang dunia muzik dan bagaimana untuk sampaikan sesuatu lagu. Ia lebih kepada membina karakter.

“Ia lebih keadaan momen bertemu diri dalam lagu tersebut kerana lagu itu sebenarnya mengisahkan tentang seorang hamba. Bagaimana attitud kita terhadap Tuhan. Apa yang kita inginkan, kita perlu dengan penuh adab, meminta izinkan padaNya. Adab dan tajuk cinta itu sendiri tidak boleh dipisahkan. Saya melalui perasaan-perasaan itu untuk memahami lagu tersebut,” ujar Teguh.

“Drama ICU ini berkisarkan tentang seseorang yang tidak menjaga solat, makan berlebihan dan mengambil perkara dalam santai-santai. Bila sakit, dia nak buat betul-betul dan bertaubat, “tambah Aidit apabila diminta bercerita sedikit intipati drama siri original I.C.U lakonan Faizal Hussein, Mardiana Alwi, Amirah Othman, Ustaz Syamsul Debat dan Wany Hasrita yang ditayangkan di platform NURFLIX.

Sebagai informasi, platform penstriman video dengan kandungan Islamik Nurflix yang merupakan produk milik Sutera Hijau Ventures Berhad telah melancarkan aplikasi natif Nurflix Goldfish 2.0 lengkap untuk pelbagai peranti iOS, Android dan Smart TV bagi menggantikan aplikasi hibrid sedia ada sejak pelancaran Nurflix Beta pada Oktober tahun lalu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Inteam Digital Meriahkan Ramadan dan Syawal dengan Penerbitan Album Quran, Nasyid dan Zikir

Sebagai salah satu label Islamik terbesar di Malaysia, Inteam Digital pastinya tidak...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Kredibiliti, Integriti & Semangat Juang Ziana Zain Pikat CSA Academy Lantik Sebagai Duta Rasmi

Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Kisah Asma’ Sentuh Hati Mateen

Perjalanan sirah kisah Asma binti Abu Bakar (R.A.) yang sanggup berkorban jiwa...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Bunkface mendedahkan Single Terbaru Mereka “Hilang”

Kumpulan sensasi punk rock Malaysia, Bunkface, bersedia untuk memukau penonton sekali lagi...