5 Oktober 2021- Pasukan Penguatkuasaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menjalankan pemantauan terhadap aktiviti Pelancongan Domestik di Pulau Langkawi selama tiga hari bermula pada 1 hingga 3 Oktober 2021.
Menerusi satu kenyataan media hari ini, aktiviti pemantauan yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk memberi mesej kepada para penggiat industri pelancongan bahawa MOTAC sentiasa memberi penekanan terhadap aspek penguatkuasaan serta pematuhan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) dari semasa ke semasa.
“Fokus pemantauan adalah untuk melihat sejauh mana Tour Operating Business & Travel Agency Business (TOBTAB) patuh terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan disamping mendapatkan reaksi orang ramai yang melancong dalam suasana norma baharu.
“Pasukan penguatkuasa turut meninjau premis-premis pelancongan bagi melihat perkembangan terkini perniagaan yang dijalankan serta turut memaklumkan kemudahan-kemudahan dan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan melalui MOTAC sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.
Ujarnya, terdapat pelancong yang menggunakan khidmat pengusaha pelancongan yang tidak berlesen dan tidak berdaftar dengan MOTAC.
“Sebahagian besar dilihat lebih cenderung untuk membuat tempahan tiket pengangkutan, penginapan, dan tiket lawatan secara persendirian.
“Pengusaha-pengusaha yang tidak berlesen dinasihatkan untuk memohon lesen dengan MOTAC bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan dikenakan.
“Hasil soal selidik juga mendapati kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Langkawi menerusi Gelembung Pelancongan berpuas hati terhadap khidmat pengusaha pelancongan yang disediakan di sepanjang percutian mereka,” katanya.
Kejayaan Gelembung Pelancongan Langkawi ini boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk membolehkan destinasi-destinasi pelancongan yang lain mengadaptasikan Standard Operating Procedure (SOP) dan kaedah pengurusan yang baik setelah negara mencapai kadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa sebanyak 90%.
MOTAC ingin menyeru kepada orang ramai agar sentiasa mengunakan perkhidmatan pengusaha pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC dan sentiasa mendapatkan maklumat atau perkembangan terkini melalui laman web rasmi MOTAC di www.motac.gov.my.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment