29 September 2021 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama agensi kerajaan akan meneruskan usaha mewujudkan ekosistem terhadap usaha pusat data (data centre) yang menawarkan kepakaran khusus dan perkhidmatan pengkomputeran awan (cloud services) berteknologi tinggi bagi memenuhi pemintaan para pengguna.
Menerusi satu kenyataan media hari ini, 12 Internet Exchange Point (IXP) yang sedia ada akan ditambah kepada 66 pada tahun 2025.
“IXP memastikan pertukaran trafik Internet antara penyedia perkhidmatan lancar dan rangkaian penghantaran kandungan menjadi lebih pantas, mengurangkan keperluan transit huluan data (upstream data), lantas mengurangkan kos hantaran.
“Kesalingan hubungan yang menyeluruh serta teknologi 5G mampu mengubah trajektori ekonomi digital negara dan mencetuskan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) yang akan menyumbang sejumlah 25.5% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2025,” katanya.
Jelasnya, 873 Pusat Internet Komuniti kiniditransformasi menjadi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk mengukuhkan ekonomi digital setempat bagi semua lapisan rakyat, terutamanya untuk golongan B40.
“Bilangan ini akan ditingkatkan dengan sasaran “1 PEDi di setiap Dewan Undangan Negeri”. PEDi berperanan memperkasakan aktiviti ekonomi digital dengan membangunkan kemahiran penggunaan Internet serta meningkatkan penglibatan e-dagang.
“MCMC akan terus mempergiatkan program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) bagi mendorong usahawan mikro beralih kepada pendigitalan. PUPUK bakal memanfaatkan 800 ribu usahawan mikro menjelang tahun 2025,” katanya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment