Kenyataan Media

MOTAC Sahut Inisiatif RMK12, Jadikan Malaysia Destinasi Pelancongan

97

28 September 2021- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui semua agensinya akan memastikan usaha yang lebih agresif dapat dijalankan bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelancongan.

Menterinya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata MOTAC mesti mengambil pendekatan yang baru, di mana seni dan budaya mesti diberi keutamaan sebagai elemen utama produk pelancongan dalam usaha untuk mempromosi Malaysia dan meletakkan Malaysia untuk kembali semula sebagai destinasi pelancongan pilihan, tepat dengan tagline MOTAC Coming Back Stronger.

“Fokus Pertama merancakkan Pertumbuhan Ekonomi yang terkandung di bawah RMK12 iaitu memberikan tumpuan kepada usaha-usaha ke arah meningkatkan pendapatan negara, menggalakkan kerjasama awam-swasta, memperkasa masyarakat setempat, mengukuhkan daya saing, pembangunan sektor pelancongan secara mampan dan inklusif, pemulihan industri pelancongan secara efektif berteraskan norma baharu serta kesediaan mendepani sebarang situasi ketidaktentuan pada masa akan datang.

“Bagi mencapai Fokus Kelima: Membasmi Kemiskinan Tegar dan Merapatkan Jurang Pendapatan, Fokus Keenam: Memperkasa Agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia dan Fokus Ketujuh: Melonjakkan Pembangunan Sabah, Sarawak dan Negeri-Negeri Kurang Membangun, MOTAC akan memastikan rantaian sektor ini membuka lebih banyak peluang pekerjaan yang bukan sahaja ditumpukan kepada kumpulan B40 semata-mata, malah menganjakkan lagi taraf hidup kumpulan M40,” katanya.

MOTAC menyahut cabaran untuk mencapai sasaran ketibaan 24.3 juta pelancong antarabangsa dengan pendapatan berjumlah RM73 bilion pada tahun 2025 bagi
pelancongan antarabangsa dan sasaran pendapatan sebanyak RM100 bilion pada tahun 2025 bagi pelancongan domestik.

“Sektor pelancongan yang paling terjejas berikutan pandemik COVID-19 dijangka akan mula pulih dengan sasaran pertumbuhan sebanyak 3.8 peratus.

“Komitmen terhadap pelancongan yang mampan akan dapat mengukuhkan lagi peranan pelancongan sebagai pemangkin terhadap perlindungan alam sekitar, pemeliharaan dan pemuliharaan budaya dan warisan tempatan. Kekayaan pelbagai sumber khazanah alam dapat diperluaskan sehingga menjangkau masyarakat terpencil yang mampu menawarkan keunikan pengalaman kepada pelancong,” jelasnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...