KUALA LUMPUR 20 September 2021 – Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata bahawa sebagai langkah membangkitkan kembali sektor pelancongan, MOTAC melalui beberapa siri konsultasi bersama penggiat industri pelancongan telah membangunkan Pelan Pemulihan Pelancongan atau PPP dalam mencari keseimbangan antara kepentingan ekonomi dan kesihatan awam.
Menurut Nancy di Dewan Rakyat hari ini, PPP merupakan salah satu usaha berterusan MOTAC dalam mengembalikan keyakinan pelancong terhadap tahap keselamatan di sesuatu destinasi pelancongan, selain berusaha untuk memastikan sektor pelancongan negara mampu menjana semula pendapatan secara berterusan selepas pembukaan sektor ini secara berperingkat kelak.
Katanya antara fokus PPP termasuklah
- merancakkan semula pelancongan domestik
- membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada rakyat tempatan termasuk petugas-petugas barisan hadapan sektor pelancongan, seni dan budaya di seluruh negara dalam usaha mencapai imuniti kelompok di destinasi-destinasi pelancongan popular negara
- mempergiatkan Kempen Promosi Rindu Melancong? Jom Vaksin Dulu! dalam menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mendaftar di bawah Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan
- mengembalikan keyakinan awam untuk melancong dengan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi yang selamat, bersih dan sihat. Ini turut dilaksanakan melalui usaha sama MOTAC dengan penggiat industri seperti Program Pensijilan Clean & Safe Malaysia, Program Pensijilan Travel Safe dan MySafe BE Planner
- memberi keutamaan kepada digitalisasi proses perniagaan menerusi aplikasi teknologi tanpa sentuhan yang selamat dan lancar
- meningkatkan kemahiran dan kapasiti penggiat industri menerusi program pemahiran semula atau reskilling and upskilling yang berterusan
- melonggarkan atau mempermudahkan peraturan dalam membantu penggiat industri yang terjejas; dan
- meneroka potensi membuka semula aktiviti pelancongan antarabangsa yang memfokuskan pada segmen produk pelancongan yang berpaksikan alam semula jadi, kawasan luar bandar dan budaya.
Tambah Nancy, sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai destinasi rintis gelembung pelancongan bermula 16 September 2021.
“Sekiranya berjaya, In Sya Allah kita doakan ia akan berjaya, lebih banyak gelembung pelancongan yang berpotensi akan diteruskan ke destinasi-destinasi peranginan lain seluruh negara seperti Pulau Redang, Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan destinasi-destinasi pelancongan tanah tinggi seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands.” ujarnya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment