19 September 2021 – Jabatan Mineral dan Geosains, Malaysia (JMG) melaksanakan penzonan kawasan bencana mengikut tahap risiko yang terbahagi kepada dua iaitu zon bahaya dan zon kawalan.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata penglibatan KeTSA melalui JMG dalam usaha ini akan membantu pihak Agensi dan Kerajaan Negeri dalam membuat keputusan untuk melaksanakan tindakan susulan mitigasi serta penentuan keselamatan tapak bagi kawasan yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh ini.
“Ianya dilakukan agar lebih banyak kehilangan nyawa dapat dielakkan dan kerosakan harta benda dapat diminimumkan.
“Zon Bahaya berada dalam perimeter jasad tanah runtuh manakala Zon Kawalan adalah kawasan yang mengelilingi Zon Bahaya yang mempunyai ciri-ciri geologi dan geomorfologi cerun yang sama dengan Zon Bahaya serta terdapatnya tanda-tanda pergerakan tanah.
“Kesemua inisiatif yang dilaksanakan ini adalah berdasarkan Prosedur Operasi Standard Di Kawasan Zon Bencana Tanah Runtuh (JMG. SOP.01,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ujarnya, JMG sedang menjalankan pemeriksaan dan kajian lebih teliti yang melibatkan pemetaan geologi dan siasatan tapak (site investigation) serta menyediakan laporan bagi penilaian tahap keselamatan di kawasan tersebut.
Lawatan kerja dilakukan Takiyuddin untuk meninjau kesan kerosakan di lokasi bencana geologi tanah runtuh di sekitar kawasan perumahan Kemensah Heights yang berlaku pada 17 September 2021.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment