19 September 2021 – Malaysia tetap berpendirian teguh dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan antarabangsa di rantau Indo-Pasifik, termasuk isu-isu yang berkaitan dengan perlucutan senjata nuklear, ketakcambahan nuklear dan penggunaan teknologi nuklear secara aman.
Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah menyeru semua pihak yang berkenaan di rantau ini untuk mengukuhkan kerjasama yang lebih aktif dalam mempromosikan dan mempertahankan rantau ini sebagai rantau yang aman, stabil serta berkembang dan makmur, sebagaimana yang digariskan di bawah ASEAN Outlook on Indo-Pacific.
“Saya berkongsi keprihatinan Perdana Menteri mengenai penubuhan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai AUKUS.AUKUS akan menyebabkan berlakunya peningkatan persaingan senjata di rantau ini.
“Ia juga berpotensi mencetuskan ketegangan di antara kuasa-kuasa besar dunia, dan memburukkan lagi tindakan agresif antara negara-negara
tersebut di rantau ini, khususnya di Laut China Selatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ujarnya, Senator Marise Payne turut memberi penerangan tentang AUKUS dan saya bersetuju dengan cadangan beliau mengenai penghantaran pegawai-pegawai dari Australia ke Malaysia bagi memberi penjelasan dan pemahaman lebih lanjut mengenai perkara ini.
“Saya juga menegaskan kembali kenyataan Perdana Menteri yang menggesa semua pihak untuk menghormati dan mematuhi pendirian dan pendekatan Malaysia yang sedia ada di bawah Konvensyen PBB 1982 tentang Undang-undang Perjanjian Laut (UNCLOS), Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dan Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN),” jelasnya.
- HBR Colorado Simplifies Home Selling in Colorado Springs with Transparent and Efficient Process
- Discover the Best Panang Seafood Combination Curry in Las Vegas at Kung Fu Thai & Chinese Restaurant
- Wawa Launches $1 Hot Coffee, $2 Iced Coffee and $3 Monster Energy Drink Offers for Rewards Members
- Fostering an Attitude of Gratitude: New Children’s Book LAYLA AND THE CAT WONDERLAND Helps Children Learn the Art of Patience
- “Silk Road Story” Season 5 “In Solidarity for a Green World: Dialogue Between Shenzhen and the World” Premieres
Leave a comment