KOTA KINABALU 16 September 2021 – Sambutan Hari Malaysia 2021 yang hanya melibatkan 62 orang tetamu jemputan semalam tetap meriah. Ia berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu Sabah dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dilaksanakan sepanjang majlis berlangsung
termasuk keperluan wajib untuk dua (2) dos vaksin lengkap bagi petugas dan tetamu jemputan.
Menurut Jawatankuasa Media dan Publisiti Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 melalui satu kenyataan media semalam, “Malaysia Prihatin” terus dikekalkan sebagai tema Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini dan pengekalan ini masih relevan serta mendukung aspirasi “Keluarga Malaysia” yang telah disarankan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
“Ia amat bertepatan dengan Sambutan Hari Malaysia yang menggambarkan penyatuan penduduk Persekutuan Tanah
Melayu, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak pada tahun 1963. Indikasi ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dalam kepelbagaian.
Sambutan yang bermula pada pukul 8.30 malam ini dimeriahkan dengan kehadiran Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin; Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob; Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji bin Haji Noor dan wakil Ketua Menteri Sarawak, Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan.” katanya.
Acara simbolik menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2021 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri Sarawak mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak turut diadakan bagi memperingati penubuhan negara Malaysia pada 1963.
Bersesuaian dengan tema “Malaysia Prihatin”, acara pada malam semalam turut diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan, nyanyian lagu patriotik dan tayangan video montaj “Malaysia Prihatin”. Paling mencuri tumpuan, lima (5) segmen persembahan iaitu Merdeka Negaraku, Jalur Perpaduan, Kita Perwira, Warna Warni Malaysia dan Malaysia Prihatin melibatkan persembahan oleh artis budaya Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
“Persembahan pentas selama 18 minit ini, membawa para penonton menyelami nilai-nilai budaya, agama, lambang kesatuan dan kemasyarakatan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ekspresi semangat patriotik dan keprihatinan rakyat serta pemimpin dalam memperkasakan negara dan kesepaduan melawan COVID-19 serta pemupukan semangat cinta akan tanah air di sepanjang zaman. Nilai-nilai ini telah diterjemahkan melalui lakonan pentas, sembah tari dan keindahan busana etnik-etnik di Malaysia.” kata jawatankuasa tersebut.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment