Luar Negara @ My LNA

Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri lawat UK bermula 17 – 27 September 2021

215

17 September 2021 – Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mengadakan Lawatan Khas ke United Kingdom bermula 17 hingga 27 September 2021.

Menurut KLN menerusi satu siaran akhbar hari ini, Seri Paduka Baginda berdua telah berkenan untuk mengadakan lawatan ke Battersea Power Station, sebuah projek ikonik Malaysia di London, yang merupakan usaha sama antara Sime Darby Property, SP Setia Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Seri Paduka Baginda berdua juga telah berkenan untuk melawat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pada 24 September 2021 bagi sesi pertemuan dengan rakyat Malaysia di United Kingdom yang terdiri dari golongan usahawan, ahli akademik, pelajar serta ketua komuniti.

Pada 25 September 2021, Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan berangkat melawat Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), sebuah syarikat milik penuh Lembaga Getah Malaysia dan salah sebuah institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) getah terkemuka dunia.” kata KLN.

Tambah KLN, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga berkenan menerima kunjungan Sir General Nicholas Carter, Ketua Staf Pertahanan United Kingdom, yang akan menyentuh hubungan kerjasama pertahanan Malaysia dan United Kingdom.

“Pada keseluruhannya, Lawatan Khas ini melambangkan kepentingan hubungan erat di antara Malaysia dan United Kingdom dimanifestasikan di peringkat pemerintahan tertinggi negara.

Selain itu, lawatan ini turut menzahirkan keprihatinan Seri Paduka Baginda berdua terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia serta prestasi pelaburan dan kepentingan Negara di United Kingdom agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik terutamanya semasa pandemik yang mencabar ini.” kata KLN.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNALuar Negara @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Kita dan Baitulmaqdis

Oleh: Rusli Abdul Roni Firman Allah yang bermaksud: Di antara orang-orang yang...

BernamaBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNALuar Negara @ My LNA

Ketua PBB seru semua pihak hentikan konflik susulan pembunuhan Timbalan Ketua Hamas di Lubnan

WASHINGTON, 3 Januari 2024 (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Ekonomi @ My LNALuar Negara @ My LNA

Nilai bantuan bina baharu dan baik pulih Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) dinaikkan

KUALA LUMPUR, 12 Sepember 2022 – Kabinet meluluskan cadangan Kementerian Pembangunan Luar...