Hari Malaysia yang kita sambut pada 16 September setiap tahun adalah asas bagi kita memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Malaysia.
Kerana pada tarikh keramat itulah lahirnya sebuah negara yang berdaulat yang bernama Malaysia.
Maka hari ini amat signifikan kepada keluarga Malaysia yang berbilang etnik, agama dan budaya.
Tidak kiralah sama ada kita di Semenanjung, di Sabah maupun di Sarawak.
Dalam Konteks kerjasama serantau dan global pula, kita berganding bahu seiring dengan masyarakat antarabangsa dalam memerangi wabak COVID-19.
Dalam kita memerangi wabak COVID-19 ini, kita harus ingat bahawa kita masih belum menang.
Jadi kita harus lindung diri, lindung semua.
Insya Allah, dengan keyakinan kita, dengan semangat keluarga Malaysia, dengan semangat Malaysia Prihatin kita pasti akan berjaya.
Sempena Hari Malaysia, bagi pihak Wisma Putra, Kami mengucapkan Selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh keluarga Malaysia di mana sahaja ada berada.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment