16 September 2021 – Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Haji Ahmad Amzad bin Hashim telah memaklumkan beberapa potensi yang ditawarkan oleh teknologi remote sensing angkasa sempena lawatan beliau ke Agensi Angkasa Malaysia (Malaysian Space Agency – MYSA) semalam. Menurut Ahmad Amzad potensi-potensi tersebut merangkumi Aspek Inovasi Ekonomi dan Aspek Kesejahteraan.
“Aspek Inovasi Ekonomi melalui penggunaan teknologi remote sensing dalam membekalkan maklumat lokasi penangkapan ikan secara tepat kepada sekitar 30,161 nelayan seluruh negara. Pengoperasian teknologi ini bersama LKIM, NEKMAT dan Jabatan Perikanan Malaysia ternyata mampu meningkatkan hasil tangkapan nelayan laut dalam sehingga 50 peratus dan mengurangkan import ikan daripada luar sehingga 40 peratus.
Manakala penerimagunaan teknologi remote sensing angkasa dalam pengurusan tanaman padi di 12 jelapang padi seluruh negara bersama Jabatan Pertanian Malaysia telah dapat meningkatkan operasi pemantauan litupan kawasan tanaman sehingga 100 peratus, mengurangkan 57 peratus tempoh masa pemantauan tanaman, dan menjimatkan 30 peratus subsidi baja dan racun. Pengoperasian ini melibatkan sekitar 37,916 pesawah dan turut meliputi kawasan Jelapang padi IADA KETARA di Besut, Terengganu.” katanya.
Tambah Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu lagi, Aspek Kesejahteraan melalui penggunaan teknologi remote sensing angkasa dalam pengurusan, pembangunan dan pemantauan perubahan litupan tanah secara sistematik khususnya di kawasan-kawasan strategik.
“Selain meningkatkan kecekapan perancangan permohonan, pembukaan dan pembangunan tanah, teknologi ini juga mampu mengesan dan memantau sebarang aktiviti pembukaan tanah, hakisan pantai dan sebarang pencerobohan.
Penggunaan teknologi ini juga mampu membantu pengurusan bencana seperti pengurusan dan perancangan kawalan banjir, mitigasi tanah runtuh, pemantauan pencemaran alam sekitar, pengesanan kebakaran terbuka dan pengurusan kawalan penyakit. Bagi mengoptimumkan lagi manfaat teknologi ini, sistem maklumat berteraskan teknologi remote sensing angkasa sedang diperluaskan pembangunannya di Daerah Kuala Nerus dan Dungun, Terengganu.” ujarnya.
MYSA telah mula memanfaatkan kelebihan teknologi remote sensing angkasa sejak 2008 bagi tujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan dalam perancangan, pengurusan dan pemantauan di pelbagai sektor seperti pertanian, perikanan, perhutanan, sumber asli dan alam sekitar, ketenteraman awam serta keselamatan.
Teknologi tersebut memiliki kemampuan mengambil maklumat permukaan bumi dari ketinggian sekitar 500km hingga 600km di angkasa secara digital, berulang, dan liputan kawasan yang luas.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment