11 September 2021 – Susulan sebaran mesej di media sosial yang mendakwa helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menceroboh ruang udara Singapura pada 11 september 2021, PDRM telah mengeluarkan kenyataan memberikan penjelasan berkenaan isu tersebut.
Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Datuk Hazani bin Ghazali terdapat penerbangan helikopter milik PDRM di ruang udara berhampiran Singapura pada tarikh tersebut, bagi tujuan penugasan rasmi.
“Sepanjang penugasan berlangsung sehingga kini, PDRM tidak dimaklumkan oleh pihak berkuasa ruang udara Singapura mengenai sebarang insiden penerbangan helikopter tersebut telah memasuki ruang udara Singapura” jelas Hazani.
Terdapat satu mesej yang telah tular mendakwa Singapura mengerahkan dua jet pejuang F-16 untuk memintas sebuah helikopter PDRM yang didakwa memasuki ruang udara republik itu.
Ini susulan sebuah helikopter AgustaWestland AW139, dengan “call sign” 9M-PMD, yang dalam perjalanan ke Pengerang, terbang melintasi Pulau Tekong, lokasi latihan ketenteraan dan khidmat negara Singapura diadakan.
- Let’s all share
- Beragamalah dengan ilmu
- Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya
- Prince Holding Group’s Chen Zhi Scholarship Clinches Silver Stevie for CSR Excellence at Asia-Pacific Stevie Awards
- Lee Chong Wei Shows Up On Chinese Hot cultural Talk Show “SHEDE Wisdom Talents”, Talking About “Crossing The Hill”
Leave a comment